Saya yakin saya adalah calon yang paling sesuai untuk projek ini. Saya bekerja sebagai seorang peguam selama 1 tahun. Sifat-sifat kerja sebagai seorang peguam telah membangunkan kemahiran saya untuk menderafkan pelbagai perjanjian, terutama perjanjian jual beli. Kebiasaannya, saya menggunakan masa 2 minggu untuk menderafkan satu perjanjian jual beli, jika kedua-dua pihak (pembeli dan penjual) diwakili oleh pihak peguam. Sekiranya pembeli tidak diwakili oleh peguam, saya cuma memerlukan 1-3 hari untuk menyiapkan satu perjanjian jual beli (bergantung kepada kerumitan transaksi jual beli tersebut).
Saya turut membuat kerja penyelidikan/research dalam pelbagai bidang undang-undang, khususnya dalan bidang perbankan dan kontrak. Bukan itu sahaja, saya juga boleh menterjemahkan dokumen ringan dan emel dalam jangka masa yang singkat.
Saya berharap saya diberi peluang untuk menyertai projek ini. Sila menghubungi saya sekiranya Tuan/Puan memerlukan keterangan yang lanjut daripada saya. Sekian, terima kasih.