Terma dan Syarat Servis Penggantian Ekspres

Terma dan syarat berikut akan dikenakan pada Servis Penggantian Ekspres (“ERS”) yang disediakan selaras dengan servis ditawarkan yang tidak dilindungi di bawah Waranti Terhad Apple, Pelan Perlindungan AppleCare atau AppleCare+. Servis ini tidak menjejaskan hak berkanun anda.

i. Jika Apple menentukan bahawa produk anda layak untuk ERS, dan anda memilih untuk memesan ERS dengan memberikan maklumat kad kredit anda kepada Apple, Apple akan menghantar produk gantian ke lokasi yang anda tetapkan. Anda akan mengembalikan produk anda supaya Apple menerimanya dalam masa sepuluh (10) hari dari tarikh Apple menghantar produk gantian (“Tempoh Pengembalian”). Anda mesti mengembalikan produk asal dalam bungkusan yang mengandungi produk gantian mengikut arahan Apple. Apple akan mengambil produk asal dan anda akan mengambil produk gantian.

ii. Untuk ERS, Apple akan mengenakan Caj ERS kepada kad kredit anda, seperti yang diperihalkan di halaman web Soalan Lazim Servis Produk yang diperihalkan di bawah (“Soalan Lazim Servis”) pada masa produk gantian dihantar. Pada masa produk gantian dihantar, Apple akan mengenakan kebenaran yang sama dengan nilai gantian produk baharu (“Nilai Gantian”) pada kad kredit anda, yang dijelaskan di Soalan Lazim Servis. Kebenaran ini akan dikekalkan oleh Apple dan akan dikenakan terhadap sebarang kerosakan pada produk asal yang tidak layak untuk Servis Luar Waranti, atau kehilangan produk asal atau pembayaran lain yang perlu dibayar kepada Apple. Pembaikan dianggap Luar Waranti apabila:

  • Produk anda tidak lagi dilindungi oleh waranti Apple, pelan servis AppleCare atau oleh undang-undang pengguna.
  • Masalah yang anda laporkan disebabkan oleh kerosakan yang tidak disengajakan atau pengubahsuaian yang tidak sah atau jika kerosakan yang tidak disengajakan atau pengubahsuaian yang tidak sah tersebut menghalang Apple daripada menangani masalah yang anda laporkan.
    Produk Soalan Lazim Servis
    Produk
    iPhone

iii. Jika Apple menerima produk asal dalam Tempoh Pengembalian dalam keadaan yang tidak memenuhi syarat untuk Servis Luar Waranti, kad kredit anda akan dicaj amaun tambahan yang mewakili perbezaan antara nilai gantian produk baharu (“Nilai Gantian”) dengan Yuran Servis Luar Waranti, seperti yang perihalkan di Soalan Lazim Servis. Produk asal yang tidak dapat dikendalikan kerana pengubahsuaian yang tidak dibenarkan atau telah gagal berfungsi kerana kerosakan besar, seperti produk terpisah menjadi berbilang bahagian, ialah contoh produk yang tidak layak untuk Servis Luar Waranti.

iv. Jika produk asal dikembalikan kepada Apple dalam Tempoh Pengembalian, baki Nilai Gantian akan dikreditkan semula kepada kad kredit anda selepas pengesahan bahawa semua caj lain yang berkenaan telah dibayar. Jika Apple tidak menerima produk asal dalam Tempoh Pengembalian, kad kredit anda akan dicaj Nilai Gantian. Semua yuran dan caj yang dinyatakan di sini tidak termasuk semua cukai yang terpakai.

v. Terma Tambahan. Selain terma yang diterangkan di sini, Terma dan Syarat Pembaikan Apple, seperti yang diperihalkan di www.apple.com/legal/sales-support/terms/repair/generalservice.html akan digunakan.

vi. Variasi negara. Variasi negara berikut akan digunakan jika terdapat ketidakkonsistenan dengan mana-mana peruntukan terma ini:

a) Australia: Hak kontraktual berkenaan pengembalian, bayaran balik dan waranti yang mungkin anda berhak terima di bawah terma ini ialah tambahan kepada hak berkanun yang anda mungkin layak terima di bawah Akta Persaingan dan Pengguna 2010 (Cth) dan undang-undang serta peraturan perlindungan pengguna Australia yang lain. Barangan kami disertai dengan jaminan yang tidak boleh dikecualikan di bawah Undang-undang Pengguna Australia. Anda berhak untuk mendapat pembaikan, gantian atau pembayaran balik akibat kegagalan besar dan untuk mendapat pampasan bagi sebarang kerugian atau kerosakan lain yang boleh diramal secara munasabah. Anda juga berhak meminta barangan anda dibaiki atau digantikan jika barangan tersebut tidak mencapai kualiti yang boleh diterima dan kegagalan tersebut tidak disifatkan sebagai kegagalan besar.”

120121 ERS OOW – Malay