Ketahui lebih lanjut mengenai manfaat sebagai pemandu
- Mengapa anda perlu bekerjasama dengan perkhidmatan?Perkhidmatan telah ditubuhkan pada tahun 2003 dengan tujuan untuk meningkatkan interaksi antara pemandu dan penumpang. Secara praktiknya ianya bermaksud kami memberikan tumpuan perhatian kepada kepentingan pengguna. Berdasarkan keputusan dan menganalisis pasaran pengangkutan, kami menawarkan terma kerja yang menguntungkan. Kami juga menghargai kerja pemandu dan mengembangkan perkhidmatan demi kepentingan mereka.
- Bagaimana saya boleh menjana pendapatan?Anda memerlukan kereta dalam keadaan yang optimal dan telefon pintar dengan akses internet. Dalam beberapa minit anda boleh mengisi borang soal selidik, dan jika anda mempunyai sebarang soalan, sila tulis kepada Pentadbiran kami di bahagian "Hubungi kami".
- Apakah syarat kerjasama?Kami mengalu-alukan pematuhan undang-undang dan peraturan jalan raya. Kami menasihati agar anda menjaga kereta dalam keadaan yang baik, memantau kebersihan kabin kereta dan mengisi tangki dengan bahan api tepat pada masanya. Anda perlu bersikap sopan, berkelakuan dengan baik, bertindak dengan bijak ketika berada dalam keadaan konflik. Beberapa situasi boleh dielakkan. Misalnya, anda selalu mempunyai duit baki dan mengingatkan penumpang untuk tidak lupa barangnya pada akhir perjalanan. Dalam kebanyakan keadaan, anda perlu bersedia.
- Apakah aplikasi yang digunakan pemandu?Aplikasi ini bernama Taxsee Driver dan boleh didapati di Google Play dan App Store. Lebih daripada 3 juta pengguna telah memuat turun aplikasi ini di Android. Anda boleh menemui Taxsee Driver dengan menggunakan carian mengikut nama aplikasi ini.
- Bagaimana saya boleh mendapat tempahan?Anda boleh melihat semua tempahan di dalam aplikasi di dalam senarai umum yang dibahagikan kepada kategori. Anda boleh melihat tempahan di bandar dan di antara bandar raya secara berasingan. Anda boleh memilih tempahan yang terdekat dengan anda atau pra-tempahan dengan masa yang tertentu. Untuk mendapatkan tempahan dari senarai, anda perlu menghantar permintaan. Anda boleh juga menggunakan penugasan automatik. Dalam hal ini, anda tidak perlu melayari senarai panjang. Anda hanya perlu menerima tempahan yang dicadangkan kepada anda mengikut syarat yang ditetapkan.
- Bolehkan saya memenuhi tempahan bila saya mahu?Ya. Bagi sesetengah individu, ianya lebih mudah untuk memenuhi tempahan semasa waktu sibuk, bagi individu yang lain - semasa waktu malam. Anda boleh melakukan satu perjalanan sambil pergi ke tempat kerja atau ke tempat lain. Rancang pendapatan dan waktu rehat anda sendiri. Rehat juga penting, terutama untuk keselamatan peribadi dan demi mengekalkan kualiti perkhidmatan.
- Bagaimana kos tempahan dikira?Kos perjalanan dikira berdasarkan beberapa parameter: kos bahan bakar, perbelanjaan pembaikan, insurans, dan penyelenggaraan kereta. Ia juga mengambil kira permintaan dan penawaran, persaingan perniagaan, kadar pengangkut di setiap bandar. Perkhidmatan kami bertujuan menyeimbangkan kepentingan semua individu yang terlibat dalam proses ini.
- Bagaimana meningkatkan pendapatan?Jana pendapatan apabila cuaca buruk di luar atau semasa hari cuti. Waktu sibuk pada waktu pagi dan waktu petang juga penting untuk meningkatkan pendapatan anda: orang ingin mendapatkan kereta tetap pada waktunya dan memberikan anda tip sebagai tanda terima kasih. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, mendapat maklum balas positif dan menjadi salah satu pemimpin ketika pengedaran tempahan. Keutamaan untuk menerima tempahan adalah kepada pemandu yang meletakkan iklan perkhidmatan pada kereta.
- Bagaimana saya dapat mengetahui komisen untuk tempahan?Jumlah komisen bergantung pada kawasan, promosi yang diadakan di bahagian tertentu perkhidmatan, dan syarat-syarat kerjasama. Sekiranya syarat-syarat dipenuhi, anda boleh dapat peratusan minimum. Maklumat mengenai promosi dan parameter yang mempengaruhi pembentukan peratusan komisen, boleh diperiksa aplikasi untuk pemandu Taxsee Driver atau melalui borang maklum balas "Tulis kepada pentadbiran" dalam bahagian "Kenalan" di laman sesawang https://taximaxim.com/.