​Maxim E-hailing Menjalankan Kajian Mengenai Jenis Kereta di Malaysia

​Maxim E-hailing Menjalankan Kajian Mengenai Jenis Kereta di Malaysia

5 Temmuz 2024

Warna kereta merupakan salah satu faktor utama untuk menarik perhatian orang ramai, di mana ia boleh menaikkan semangat, mencipta seni estetika dan memberi kelebihan kepada jualan semula serta penjagaan. Pakar dari perkhidmatan Maxim E-hailng, berkongsi data analisis mengenai Rakan-pemandu Maxim E-hailing termasuk nama, umur, jenis kenderaan dan juga warna.

Bagi pemilihan warna yang banyak digunakan untuk kereta, adalah warna putih dengan 31% kerana dapat menyembunyikan kotoran, habuk dan calar kecil. Kereta yang dicat putih juga memantulkan haba dengan berkesan, mengekalkan suhu yang lebih sejuk berbanding yang lain. Nombor dua ialah warna perak berjumlah 27%, di mana kesan warna lebih berkilat daripada kelabu dan salah satu pilhan baik untuk menyembunyikan kotoran dan cela. Seterusnya adalah warna hitam dengan 19% mempunyai gaya yang tersendiri dan lebih ekslusif. Keempat ialah warna kelabu dengan 15% di mana ini juga pilihan tepat bagi sembunyikan kotoran, habuk serta kerosakan kecil dan yang terakhir adalah warna biru sebanyak 8%.

“Daripada senarai tersebut, saya dalam pilihan warna minoriti iaitu mempunyai kereta berwarna biru. Ini kerana biru merupakan warna kegemaran saya. Bagaimanapun, warna tersebut lebih tenang dan senang untuk dikenali oleh penumpang.Kebanyakan penumpang mengatakan bahawa warna kereta, sangat mudah dikenali dan mereka akan tahu itu saya dari jauh” kata salah seorang Rakan-pemandu Maxim Farhah Wahida, berumur 27 tahun.

Untuk nama yang paling terkenal di kalangan Rakan-pemandu, pada tempat pertama ialah Muhammad, diikuti dengan Abdul dan Nur. Manakala untuk peringkat umur, 56% daripada mereka berumur 21-35 tahun diamana julat umur ini merupakan golongan yang kuat mencari nafkah dan wang tambahan. Seterusnya ialah 26% dari umur 36-45 tahun, dimana kebanyakan Rakan-pemandu adalah dari pemandu yang membawa Maxim sebagai kerja sambilan. 18% berumur 46-65 tahun mencari pendapatan tambahan dan untuk kekal aktif Ketika usia tua.

Bagi jenama kenderaan yang popular, nombor satu ialah Perodua yang merupakan jenama tempatan di mana ia menawarkan teknologi canggih, beserta dengan harga mampu milik. Biasanya, kebanyakan Rakan-pemandu memilih untuk membawa Perodua kerana kereta jimat minyak dan rendah kos. Kedua ialah Proton, yang juga jenama tempatan. Keistimewaan jenama ini ialah reka bentuk yang bergaya dan ciri pintar. Ketiga ialah Toyota, sebuah kereta antarabangsa yang menawarkan kereta berkualiti. Beralih ke tempat ke-empat teratas Honda dan terakhir ialah Mitsubishi.

“Saya memandu Perodua Bezza sebagai kereta e-hailing keranya menpunyai kelebihan yang tersendiri. Saya menghabiskan sebahagian besar hari saya dengan memandu kerana saya merupakan pemandu e-hailing sepenuh masa. Bezza adalah kereta yang sangat jimat di mana penyelenggaraannya rendah, menjimatkan minyak, mempunyai teknologi tinggi, dan akses mudah kepada perkhidmatan” kata salah seorang Rakan-pemandu dari Maxim, Sufyaan Yazi yang berumur 32 tahun.

Pakar dari Maxim mengumpul semua data daripada pendaftaran pada aplikasi dan kemas kini bulanan. Semua Rakan-pemandu perlu berkongsi maklumat diri, lesen, insurans, jenis kenderaan, warna dan gambar kereta semasa permohonan. Maklumat seperti ini amatlah penting untuk pihak syarikat bagi mengetahui data maklumat dan kenderaan Rakan-pemandu bagi mengekalkan kualiti dan momentum yang baik.

Daripada analisis yang dikongsi, penumpang Maxim E-hailing boleh bersedia dengan beberapa aspek seperti nama pemandu mereka mungkin Muhammad, dalam lingkugan umur 21 - 35 tahun, menaiki kereta Perodua dan berwarna putih.

Faydalı

Kategoriler