Sediakan dan pasangkan Apple Watch Ultra anda dengan iPhone
Untuk menggunakan Apple Watch Ultra, anda perlu memasangkannya dengan iPhone anda. Pembantu persediaan pada iPhone dan Apple Watch Ultra anda berfungsi bersama untuk membantu anda memasangkan dan menyediakan jam anda.
Jika anda menghadapi masalah untuk melihat Apple Watch Ultra atau iPhone anda, VoiceOver atau Zum boleh membantu—walaupun semasa persediaan. Lihat Gunakan Zum pada Apple Watch Ultra atau Sediakan Apple Watch Ultra menggunakan VoiceOver.
AMARAN: Untuk mengelakkan kecederaan, baca Maklumat keselamatan penting untuk Apple Watch Ultra sebelum menggunakan Apple Watch Ultra anda.
Perkara yang anda perlukan
Untuk menggunakan Apple Watch Ultra dengan watchOS 10, anda perlu memasangkan jam anda dengan iPhone Xs atau lebih baharu dengan iOS 17 atau lebih baharu.
Sebelum anda bermula
Kemas kini iPhone anda kepada versi terkini iOS. Buka app Seting pada iPhone anda, ketik Umum, kemudian ketik Kemas Kini Perisian.
Pastikan iPhone anda mengaktifkan Bluetooth dan disambungkan ke Wi-Fi atau rangkaian selular. Untuk menyemak, leret ke bawah dari penjuru kanan atas skrin iPhone untuk menunjukkan Pusat Kawalan. Butang Bluetooth dan Wi-Fi (atau Selular) sepatutnya aktif.
Langkah 1: Aktifkan dan pasangkan Apple Watch Ultra anda
Letakkan Apple Watch Ultra anda pada pergelangan tangan anda. Laraskan tali atau pilih saiz tali supaya Apple Watch Ultra anda muat rapat tetapi selesa.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar tali pada Apple Watch Ultra anda, lihat Keluarkan, tukar dan ketatkan tali Apple Watch.
Untuk menghidupkan Apple Watch Ultra anda, tekan dan tahan butang sisi sehingga anda melihat logo Apple.
Jika Apple Watch Ultra anda tidak hidup, anda mungkin perlu mengecas bateri.
Pegang iPhone anda berdekatan Apple Watch Ultra anda, tunggu skrin pasangan Apple Watch kelihatan pada iPhone anda, kemudian ketik Teruskan.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, kemudian ketik Pasangkan Jam Baharu.
Ketik Sediakan untuk Diri Sendiri.
Apabila digesa, tempatkan iPhone anda supaya Apple Watch Ultra anda kelihatan dalam pemidang tilik dalam app Apple Watch. Ini akan memasangkan dua peranti ini.
Langkah 2: Sediakan Apple Watch Ultra anda
Jika ini ialah Apple Watch Ultra pertama anda, ketik Sediakan Apple Watch, kemudian ikuti arahan pada iPhone anda dan Apple Watch Ultra untuk menyelesaikan persediaan.
Jika anda telah menyediakan Apple Watch lain dengan iPhone semasa anda, skrin kelihatan yang menyatakan Jadikan Ini Apple Watch Baharu Anda. Ketik App & Data dan Seting untuk melihat cara Persediaan Ekspres akan mengkonfigurasikan jam baharu anda. Kemudian ketik Teruskan. Jika anda mahu memilih cara jam baharu anda disediakan, ketik Sesuaikan Seting. Kemudian pilih sandaran daripada Apple Watch sebelumnya yang lain untuk memulihkan. Atau ketik Sediakan sebagai Apple Watch Baharu jika anda mahu menyesuaikan seting peranti baharu anda sepenuhnya.
Ikut arahan atas skrin untuk menyediakan yang berikut:
Masukkan Apple ID dan kata laluan anda.
Cipta kod laluan—sama ada kod laluan empat digit standard atau kod laluan panjang, yang memerlukan enam digit.
Selesaikan seting untuk saiz teks, jika mahu, masukkan maklumat peribadi seperti tarikh lahir dan tinggi yang digunakan untuk kecergasan dan kesihatan, serta pilih pemberitahuan kesihatan yang anda mahu terima.
Anda boleh menukar seting ini selepas anda menyediakan Apple Watch Ultra anda.
Langkah 3: Aktifkan perkhidmatan selular
Anda boleh mengaktifkan perkhidmatan selular pada Apple Watch Ultra semasa persediaan. Jika anda tidak mahu berbuat demikian, anda boleh aktifkannya kemudian dalam app Apple Watch pada iPhone anda. Lihat Sediakan dan gunakan perkhidmatan selular pada Apple Watch Ultra.
Nota: Perkhidmatan selular tidak tersedia di semua rantau.
Langkah 4: Pastikan peranti anda dekat semasa penyelarasan
Apple Watch anda menunjukkan muka jam apabila prosedur berpasangan selesai dan jam anda sedia untuk digunakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple Watch Ultra anda semasa ia diselaraskan, ketik Kenali Jam Anda. Anda boleh mengetahui perkara baharu, melihat petua Apple Watch dan membaca panduan pengguna ini pada iPhone anda. Selepas Apple Watch Ultra anda disediakan, anda boleh mencari maklumat ini dengan membuka app Apple Watch pada iPhone anda, kemudian mengetik Teroka.
Menghadapi masalah untuk berpasangan?
Jika anda melihat muka jam semasa anda cuba untuk berpasangan: Apple Watch Ultra anda telah berpasangan dengan iPhone. Anda perlu memadamkan semua kandungan Apple Watch Ultra dan mereset seting terlebih dahulu.
Jika kamera tidak memulakan proses berpasangan: Ketik Pasangkan Apple Watch Secara Manual di bahagian bawah skrin iPhone dan ikuti arahan pada skrin.
Jika Apple Watch Ultra tidak bersambung dengan iPhone: Lihat artikel Sokongan Apple Jika Apple Watch anda tidak bersambung atau berpasangan dengan iPhone anda.
Jika anda perlu membatalkan berpasangan Apple Watch Ultra anda, lihat Batalkan berpasangan dan padamkan Apple Watch Ultra.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang persediaan dan berpasangan, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Apple Watch anda.