Jejak ubat anda pada Apple Watch Ultra
Anda boleh mengurus ubat, vitamin dan makanan tambahan yang anda ambil dalam app Kesihatan pada iPhone atau iPad anda. Dalam app Ubat pada Apple Watch Ultra, anda boleh menjejak ubat anda dan lognya dengan peringatan.
Siri: Pada Apple Watch Ultra 2 menggunakan watchOS 10.2 atau lebih baharu, sebutkan sesuatu seperti: “Log ubat 6PG saya telah diambil”. (Tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau.)
Nota: Ciri ubat tidak sepatutnya digunakan sebagai pengganti kepada penilaian perubatan profesional. Maklumat tambahan tersedia pada label ubat anda, namun sila rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kesihatan anda.
Sediakan jadual ubat pada iPhone atau iPad
Buka app Kesihatan pada iPhone atau iPad anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone: Ketik Layari, kemudian ketik Ubat.
Pada iPad: Ketik bar sisi, kemudian ketik Ubat.
Ketik Tambah Ubat (untuk memulakan senarai anda) atau Tambah Ubat (untuk ditambah ke senarai anda).
Untuk mengenal pasti ubat, lakukan salah satu daripada berikut:
Taipkan nama: Ketik medan carian, masukkan nama, kemudian ketik Tambah.
Di A.S. sahaja, cadangan kelihatan semasa anda mula menaip. Anda boleh memilih cadangan, atau menaip nama sehingga habis, kemudian ketik Tambah.
Gunakan kamera: (A.S. sahaja; pada iPhone SE (generasi ke-2 dan lebih baharu), iPhone XS, iPhone XR atau lebih baharu) Ketik bersebelahan medan carian, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika padanan tidak ditemui, ketik Cari mengikut Nama, kemudian taipkan nama (seperti yang diterangkan di atas).
Ikuti arahan atas skrin untuk memilih jenis dan kekuatan ubat. Jika anda mahu, anda juga boleh mencipta visual ubat tersuai dan setkan jadual.
Apabila anda selesai, ketik Selesai.
Log ubat anda
Secara lalai, Apple Watch Ultra anda akan mengingatkan anda apabila tiba masanya untuk anda melog ubat berdasarkan jadual yang anda cipta dalam app Kesihatan pada iPhone atau iPad. Untuk melog ubat anda, ikuti langkah ini.
Nota: Untuk data app Kesihatan anda diselaraskan merentas peranti, pastikan peranti anda didaftar masuk dengan Apple ID yang sama, disambungkan ke internet dan dikemas kini kepada versi OS terbaharu.
Jika anda menerima pemberitahuan untuk log ubat anda, ketik pemberitahuan. Jika tidak, buka app Ubat pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik jadual ubat semasa—contohnya, ubat yang anda ambil pada waktu pagi.
Ketik Log Semua sebagai Telah Diambil.
Apple Watch Ultra merekodkan dos, jumlah unit yang diambil dan masa anda mengambil ubat.
Untuk log ubat individu, skrol ke bawah, ketik Diambil di bawah ubat, kemudian ketik Selesai.
Nama ubat dan masa dilog kelihatan di bawah Dilog.
Untuk menukar status ubat dilog, ketiknya, ketik Diambil atau Dilangkau, kemudian ketik Selesai.
Untuk melihat log dan sejarah ubat anda pada iPhone anda, buka app Kesihatan, ketik Layari, kemudian ketik Ubat. Pada iPad, buka app Kesihatan, ketik bar sisi, kemudian ketik Ubat.
Aktifkan Peringatan Susulan dan Isyarat Kritikal
Selain daripada menerima isyarat apabila tiba masa untuk melog ubat, anda boleh memilih untuk diingatkan jika ubat tidak dilog 30 minit selepas masa yang dijadualkan. Anda juga boleh mengaktifkan isyarat kritikal untuk setiap ubat anda. Isyarat kritikal kelihatan pada Skrin Kunci dan memainkan bunyi (walaupun jika Fokus aktif atau disenyapkan).
Buka app Kesihatan pada iPhone atau iPad anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone: Ketik Layari, kemudian ketik Ubat.
Pada iPad: Ketik bar sisi, kemudian ketik Ubat.
Ketik Pilihan di bahagian bawah skrin, kemudian aktifkan Peringatan Susulan.
Untuk menerima isyarat kritikal, ketik Isyarat Kritikal, ketik butang bersebelahan ubat, kemudian ketik Benarkan.
Untuk menyahaktifkan semua isyarat kritikal, pergi ke Seting > Kesihatan > Pemberitahuan pada iPhone atau iPad anda, kemudian ketik butang di sebelah Isyarat Kritikal.
Lihat Jejak ubat anda dalam Kesihatan dalam Panduan Pengguna iPhone.