Tambah penggera pada Apple Watch Ultra
Gunakan app Penggera untuk memainkan bunyi atau menggetarkan Apple Watch Ultra anda pada masa yang disetkan.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Setkan penggera berulang untuk 6 pg”
Setkan penggera pada Apple Watch Ultra
Buka app Penggera pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik Tambah Penggera.
Ketik PG atau PTG, kemudian ketik jam atau minit.
Langkah ini tidak diperlukan apabila menggunakan masa 24 jam.
Putarkan Digital Crown untuk melaraskan, kemudian ketik .
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan penggera, ketik suisnya. Atau ketik masa penggera untuk setkan pilihan ulang, label dan tidur.
Petua: Untuk mencipta penggera yang mengetik tangan anda, tetapi tidak membuat bunyi, aktifkan mod senyap.
Jangan biarkan diri anda tidur
Apabila penggera berbunyi, anda dapat ketik Tidur untuk menunggu beberapa minit sebelum penggera berbunyi lagi. Jika anda tidak mahu membenarkan tidur, ikuti langkah ini:
Buka app Penggera pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik penggera dalam senarai penggera, kemudian nyahaktifkan Tidur.
Padam penggera
Buka app Penggera pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik penggera dalam senarai.
Skrol ke bahagian bawah, kemudian ketik Padam.
Langkau penggera bangun
Jika anda mempunyai penggera bangun yang merupakan sebahagian daripada jadual tidur, anda boleh melangkaunya untuk malam itu sahaja.
Buka app Penggera pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik penggera yang kelihatan di bawah Tidur | Bangun, kemudian ketik Langkau untuk Malam Ini.
Untuk mengetahui cara bagi mencipta jadual tidur, yang termasuk penggera bangun, lihat Sediakan Tidur pada Apple Watch Ultra.
Lihat penggera yang sama pada iPhone dan Apple Watch Ultra
Setkan penggera pada iPhone anda.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Jam, kemudian aktifkan Isyarat Tolak dari iPhone.
Apple Watch Ultra memberi isyarat kepada anda apabila penggera berbunyi supaya anda boleh tidurkan atau tutup penggera. (Anda tidak diberi isyarat pada iPhone anda apabila penggera Apple Watch Ultra anda berbunyi.)
Sediakan Apple Watch Ultra sebagai jam meja sisi dengan penggera
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda.
Pergi ke Umum > Mod Meja Sisi, kemudian aktifkan Mod Meja Sisi.
Apabila anda menyambungkan Apple Watch Ultra anda ke pengecasnya dengan mod meja sisi aktif, jam memaparkan status pengecasan, masa dan tarikh semasa dan masa sebarang penggera yang anda setkan. Untuk melihat masa, ketik paparan atau sigung lembut Apple Watch Ultra anda. Menyigung atau mengetik meja mungkin boleh juga.
Jika anda mengesetkan penggera menggunakan app Penggera, Apple Watch Ultra anda dalam mod meja sisi akan membangunkan anda dengan lembut dengan bunyi penggera yang unik.
Apabila penggera berbunyi, tekan butang sisi untuk menyahaktifkannya, atau tekan Digital Crown untuk tidurkannya selama 9 minit.