Gunakan Pusat Kawalan pada Apple Watch Ultra
Pusat Kawalan memberikan anda cara yang mudah untuk menyemak bateri anda, menyenyapkan jam anda, memilih Fokus, menjadikan Apple Watch Ultra anda lampu suluh, meletakkan Apple Watch Ultra anda dalam Mod Pesawat, mengaktifkan mod pawagam dan banyak lagi.
Buka atau tutup Pusat Kawalan
Buka Pusat Kawalan: Tekan butang sisi sekali.
Tutup Pusat Kawalan: Dengan Pusat Kawalan dibuka, pusingkan pergelangan tangan anda keluar atau tekan butang sisi lagi.
Ikon | Perihalan | Untuk maklumat lanjut | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Aktifkan atau nyahaktifkan selular | Lihat Sediakan dan gunakan perkhidmatan selular pada Apple Watch Ultra. | ||||||||||
Putuskan sambungan daripada Wi-Fi. | |||||||||||
Ping iPhone anda. | Lihat Ping iPhone anda (Apple Watch Ultra generasi pertama) dan Ping dan cari iPhone anda (Apple Watch Ultra 2 sahaja).. | ||||||||||
Semak peratus bateri anda. | Lihat Cas Apple Watch Ultra. | ||||||||||
Senyapkan Apple Watch Ultra. | Lihat Aktifkan mod senyap. | ||||||||||
Kunci jam anda dengan kod laluan. | |||||||||||
Aktifkan mod pawagam. | |||||||||||
Jadikan diri anda tersedia untuk Walkie-Talkie. | |||||||||||
Pilih Fokus/Jangan Ganggu. | Lihat Cipta jadual Fokus. | ||||||||||
Nyahaktifkan Fokus Peribadi. | Lihat Cipta jadual Fokus. | ||||||||||
Nyahaktifkan Fokus Bekerja. | Lihat Cipta jadual Fokus. | ||||||||||
Nyahaktifkan Fokus Tidur. | |||||||||||
Aktifkan lampu suluh. | |||||||||||
Aktifkan Mod Pesawat. | Lihat Aktifkan Mod Pesawat. | ||||||||||
Aktifkan Kunci Air. | |||||||||||
Pilih output audio. | Lihat Sambungkan Apple Watch Ultra ke fon kepala atau speaker Bluetooth. | ||||||||||
Semak kelantangan fon kepala. | Lihat Sambungkan Apple Watch Ultra ke fon kepala atau speaker Bluetooth. | ||||||||||
Tukar saiz teks. | |||||||||||
Aktifkan atau nyahaktifkan Pintasan Kebolehcapaian. | |||||||||||
Aktifkan atau nyahaktifkan Umumkan Pemberitahuan. | Lihat Dengar dan balas pemberitahuan masuk dengan AirPods dan fon kepala Beats pada Apple Watch Ultra. |
Semak status Pusat Kawalan
Ikon kecil di bahagian atas Pusat Kawalan menunjukkan status seting tertentu—contohnya, bahawa Apple Watch Ultra anda bersambung ke selular, lokasi anda sedang digunakan oleh app atau ciri seperti Mod Pesawat dan Jangan Ganggu aktif.
Untuk melihat ikon status, tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan. Untuk mendapatkan butiran, ketik ikon.
Susun semula Pusat Kawalan
Anda boleh susun semula butang dalam Pusat Kawalan dengan mengikuti langkah berikut:
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Skrol ke bahagian bawah Pusat Kawalan, kemudian ketik Edit.
Sentuh dan tahan butang, kemudian seretnya ke kedudukan baharu.
Ketik Selesai apabila anda selesai.
Keluarkan butang Pusat Kawalan
Anda boleh mengeluarkan butang dalam Pusat Kawalan dengan mengikuti langkah berikut:
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Skrol ke bahagian bawah Pusat Kawalan, kemudian ketik Edit.
Ketik di penjuru butang yang anda mahu keluarkan.
Ketik Selesai apabila anda selesai.
Untuk memulihkan butang yang anda telah keluarkan, buka Pusat Kawalan, ketik Edit, kemudian ketik di penjuru butang yang anda mahu pulihkan. Ketik Selesai apabila anda selesai.
Aktifkan Mod Pesawat
Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan anda membawa Apple Watch Ultra (dan iPhone) dihidupkan jika anda meletakkannya dalam Mod Pesawat. Secara lalai, mengaktifkan Mod Pesawat akan menyahaktifkan Wi-Fi dan selular, serta memastikan Bluetooth kekal aktif. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar seting yang diaktifkan dan dinyahaktifkan apabila anda mengaktifkan Mod Pesawat.
Aktifkan Mod Pesawat pada Apple Watch Ultra: Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Aktifkan Mod Pesawat.”
Letakkan Apple Watch Ultra dan iPhone anda dalam Mod Pesawat dengan satu langkah: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Mod Pesawat, kemudian aktifkan Cerminkan iPhone. Apabila iPhone dan Apple Watch Ultra anda berada dalam julat normal Bluetooth satu sama lain (lebih kurang 33 kaki atau 10 meter), pada bila-bila masa anda bertukar ke Mod Pesawat pada satu peranti, peranti lain bertukar untuk menjadi sepadan.
Tukar seting yang diaktifkan atau dinyahaktifkan dalam Mod Pesawat: Pada Apple Watch Ultra, buka app Seting , ketik Mod Pesawat, kemudian pilih sama ada untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi atau Bluetooth secara lalai apabila anda mengaktifkan Mod Pesawat.
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi atau Bluetooth semasa Apple Watch Ultra anda dalam Mod Pesawat, buka app Seting , kemudian ketik Wi-Fi atau Bluetooth.
Apabila Mod Pesawat aktif, kelihatan di bahagian atas skrin.
Nota: Walaupun dengan Cerminkan iPhone diaktifkan, anda mesti nyahaktifkan Mod Pesawat secara berasingan pada iPhone dan Apple Watch Ultra anda.
Gunakan lampu suluh pada Apple Watch Ultra
Gunakan lampu suluh untuk menerangi kunci pintu yang gelap, memberitahu orang lain yang anda sedang berjoging pada waktu petang, atau menerangi objek berhampiran sambil mengekalkan penglihatan malam anda.
Hidupkan lampu suluh: Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik . Leret ke kiri untuk memilih mod—cahaya putih berterusan, cahaya putih berkelip-kelip atau cahaya merah berterusan.
Laraskan kecerahan: Putar Digital Crown ke atas atau ke bawah.
Matikan lampu suluh: Tekan Digital Crown atau butang sisi, atau leret ke bawah daripada bahagian atas muka jam.
Gunakan mod pawagam pada Apple Watch Ultra
Mod pawagam menghalang paparan Apple Watch Ultra aktif apabila anda mengangkat tangan anda, supaya ia kekal gelap. Ia juga mengaktifkan mod senyap dan menjadikan status Walkie-Talkie anda tidak tersedia, tetapi anda masih menerima pemberitahuan haptik.
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan, ketik , kemudian ketik Mod Pawagam.
Apabila mod pawagam diaktifkan, anda akan melihat di bahagian atas skrin.
Untuk membangunkan Apple Watch Ultra apabila mod pawagam aktif, ketik paparan, tekan Digital Crown atau butang sisi, atau putar Digital Crown.
Putuskan sambungan daripada Wi-Fi
Anda boleh memutuskan sambungan daripada rangkaian Wi-Fi buat sementara waktu dan jika anda mempunyai pelan selular untuk Apple Watch Ultra anda, gunakan sambungan selular yang tersedia—terus daripada Pusat Kawalan.
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
Apple Watch Ultra anda diputuskan sambungan daripada rangkaian Wi-Fi buat sementara waktu. Jika anda mempunyai pelan selular, sambungan selular diaktifkan jika anda mempunyai liputan. Apabila anda meninggalkan dan kemudian kembali ke tempat anda bersambung ke Wi-Fi, Apple Watch Ultra anda bersambung semula ke rangkaian tersebut secara automatik kecuali jika anda telah melupakannya pada iPhone anda.
Petua: Untuk membuka seting Wi-Fi dengan cepat pada Apple Watch Ultra anda, sentuh dan tahan butang Wi-Fi dalam Pusat Kawalan.
Aktifkan mod senyap
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
Nota: Jika Apple Watch Ultra sedang mengecas, penggera dan pemasa masih berbunyi walaupun dalam mod senyap.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Bunyi & Haptik, kemudian aktifkan mod senyap.
Petua: Apabila anda menerima pemberitahuan, anda boleh menyenyapkan Apple Watch Ultra anda dengan cepat dengan meletakkan tapak tangan anda pada paparan jam selama sekurang-kurangnya tiga saat. Anda akan merasa ketikan untuk mengesahkan senyap diaktifkan. Pastikan anda mengaktifkan Tutup untuk Senyap pada Apple Watch Ultra anda—buka app Seting , ketik Gerak Isyarat, kemudian aktifkan Tutup untuk Senyap.
Ping iPhone anda (Apple Watch Ultra generasi pertama)
Apple Watch Ultra generasi pertama anda boleh membantu anda mencari iPhone anda jika ia berdekatan.
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
iPhone anda memainkan bunyi supaya anda boleh menjejakinya.
Petua: Dalam gelap? Sentuh dan tahan dan iPhone anda juga berdenyar.
Jika iPhone anda tidak berada dalam julat Apple Watch Ultra anda, cuba gunakan Cari daripada iCloud.com.
Ping dan cari iPhone anda (Apple Watch Ultra 2 sahaja).
Pada Apple Watch Ultra 2, anda boleh menggunakan Pencarian Tepat untuk ping iPhone 15 berdekatan anda dan mendapatkan arah kepadanya.
Pada Apple Watch Ultra 2 anda, tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
iPhone anda memainkan bunyi dan jika Apple Watch Ultra 2 anda berada dalam julat, skrin memaparkan arah umum dan jarak ke iPhone anda—77 kaki, sebagai contoh.
Untuk memainkan bunyi pada iPhone anda semasa anda menjejaknya, ketik di penjuru kanan bawah.
Ikuti arah yang ditunjukkan pada skrin, lakukan pelarasan semasa arah bergerak.
Apabila anda dekat dengan iPhone anda, skrin jam bertukar hijau dan iPhone ping dua kali.
Petua: Dalam gelap? Sentuh dan tahan dan iPhone anda juga berdenyar.
Jika iPhone anda tidak berada dalam julat Apple Watch Ultra anda, cuba gunakan Cari daripada iCloud.com.
Nota: Pencarian Tepat tidak tersedia di semua rantau.
Ping Apple Watch Ultra anda
Anda boleh menggunakan iPhone dengan iOS 17 anda untuk membantu mencari Apple Watch Ultra anda jika ia berdekatan.
Buka app Seting pada iPhone anda.
Ketik Pusat Kawalan, leret ke bawah, kemudian ketik bersebelahan Ping Jam Saya.
Apabila anda mahu ping Apple Watch Ultra anda, leret ke bawah dari penjuru kanan atas iPhone anda untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
Nota: Jika anda mempunyai lebih daripada satu Apple Watch, bunyi akan dimainkan pada jam yang dipilih dalam Semua Jam dalam app Apple Watch pada iPhone anda.
Anda juga boleh menggunakan Cari untuk memainkan bunyi pada Apple Watch Ultra anda.
Lihat Cari Apple Watch Ultra anda dan artikel Sokongan Apple Jika Apple Watch anda hilang atau dicuri.