Baharu dalam Apple Watch dan watchOS 8
Paparan terbesar dan paling maju, Apple Watch paling tahan lasak dan pengecasan pantas (Apple Watch Series 7) Apple Watch terbaharu menampilkan lebih banyak kawasan skrin, dengan jidar lebih kecil dan kesan pinggir biasan. Dengan kabel USB-C yang disertakan, Apple Watch Series 7 dicas lebih pantas daripada sebarang model Apple Watch sebelumnya. Lihat Cas Apple Watch.
Nota: Pengecasan pantas tidak tersedia di semua rantau.
Terokai muka jam baharu Cuba perkara baharu dengan muka jam baharu untuk Apple Watch—Masa Dunia, yang memudahkan anda melihat masa merentas glob, Potret, yang menempatkan foto potret kegemaran anda di tengah hadapan, Cahaya Kesatuan, muka yang diinspirasikan oleh Afrofuturisme dan pada Apple Watch Series 7, Kontur serta Modular Duo. Lihat Muka jam dan ciri Apple Watch.
Edit dalam perjalanan Untuk membetulkan kesalahan dalam teks, gunakan Digital Crown untuk menskrol betul-betul ke tempat yang anda mahu edit. Lihat Karang mesej teks.
Coret dan rencana, semuanya pada satu skrin Dalam Mail dan Mesej, amat mudah untuk anda menulis mesej anda dengan bertukar daripada Coretan kepada perencanaan dan sebaliknya. Lihat Karang mesej.
Papan Kekunci QWERTY dan QuickPath (Inggeris A.S. dan Cina Ringkas sahaja, Apple Watch Series 7 sahaja) Masukkan teks dengan papan kekunci QWERTY penuh. Hanya ketik setiap aksara atau gunakan QuickPath untuk meleret antara huruf tanpa mengangkat jari anda. Lihat Karang mesej.
Nikmati masa renungan Ciri Renungan baharu dalam app Sedar Minda membantu anda menetapkan latihan meditasi dengan memfokuskan pada tema yang pendek dan merangsang fikiran. Dengan langganan Apple Fitness+, dengar Meditasi dibantu terus pada Apple Watch. Lihat Mulakan sesi Renungan atau Bernafas dan Dengar Meditasi dibantu.
Cuba latihan baharu Kuatkan teras anda dengan latihan Pilates baharu dan kosongkan minda anda serta kurangkan tekanan dengan Tai Chi. Lihat Berlatih dengan Apple Watch.
Lihat kadar respiratori anda semasa anda tidur Apple Watch anda boleh menjejak kadar respiratori anda semasa anda tidur. Mengetahui kadar respiratori tidur anda boleh memberi anda cerapan yang lebih banyak tentang kesihatan anda secara keseluruhan. Lihat Semak kadar respiratori tidur anda.
Simpan kunci pada Apple Watch Simpan kunci kereta, rumah, tempat kerja dan hotel anda dalam app Wallet pada jam anda. Lihat Akses kereta, rumah, tempat kerja dan bilik hotel anda dengan kunci dalam Wallet pada Apple Watch.
Simpan dan pamerkan kad pemvaksinan anda (watchOS 8.1) Tambahkan rekod pemvaksinan dalam app Kesihatan pada iPhone anda, tambahnya ke app Wallet dan dwiklik butang sisi pada Apple Watch untuk mempamerkan kad anda apabila anda perlu menunjukkan bukti pemvaksinan. Lihat Gunakan kad pemvaksinan dalam Wallet.
ID dalam Wallet (iOS 15.4 dan watchOS 8.4) Di negeri yang mengambil bahagian, tambah lesen memandu atau kad ID negeri anda dengan selamat ke app Wallet, kemudian gunakan iPhone atau Apple Watch anda untuk menunjukkan lesen atau ID anda di titik semak keselamatan TSA tertentu. Lihat Gunakan lesen memandu atau ID negeri anda dalam Wallet pada iPhone dan Apple Watch (A.S. sahaja).
Kawal rumah anda dengan lebih baik Dalam watchOS 8, app Rumah telah direka bentuk semula untuk memudahkan anda mengawal peranti pintar di rumah anda dengan menyerlahkan aksesori yang anda berkemungkinan besar akan gunakan berdasarkan masa dalam hari. Lihat Kawal rumah anda.
Cari peranti dan item yang disalah letak Di samping mencari rakan, anda kini boleh mencari peranti Apple dan AirTag yang hilang dengan app Cari Peranti dan Cari Item baharu pada Apple Watch. Lihat Lihat cari peranti disalah letak.
Temui semula orang, tempat dan peristiwa penting Serlahan foto daripada Memori dan Foto Diserlahkan anda kini diselaraskan secara automatik ke jam anda, menunjukkan sesuatu yang baharu setiap hari. Lihat Lihat foto dan Memori pada Apple Watch.
Kekal fokus Fokus membantu anda apabila anda perlu menumpukan perhatian dengan membenarkan hanya pemberitahuan yang anda mahukan. Pilih daripada cadangan Fokus praset seperti bekerja atau bersenam, atau selaraskan Fokus tersuai yang anda cipta pada iPhone, iPad, atau Mac anda. Lihat Gunakan Fokus pada Apple Watch.
Navigasi jam anda dengan AssistiveTouch Orang berlainan anggota boleh menggunakan Apple Watch dan sensor pergerakan terbina dalamnya untuk menjawab panggilan, mengawal penuding atas skrin dan melancarkan menu tindakan—semua menerusi gerak isyarat tangan. Lihat Gunakan AssistiveTouch pada Apple Watch.
Cipta kenalan Gunakan app Kenalan baharu untuk melayari, menambah atau mengedit kenalan dengan cepat pada Apple Watch anda. Lihat Tambah dan gunakan maklumat kenalan.
Cipta berbilang pemasa Semasa memasak berbilang hidangan, pemasaan amat penting. Dalam app Pemasa, mulakan berbilang pemasa semasa anda memasak dan gunakan Siri untuk memberi label kepada setiap pemasa. Lihat Cipta berbilang pemasa.
Minta muzik hanya menggunakan suara anda (watchOS 8.3) Pilihan langganan baharu, Apple Music Voice, menawarkan akses menerusi Siri ke katalog Apple Music, senarai main, campuran diperibadikan dan banyak lagi. Lihat Main muzik pada Apple Watch.
Semak kelantangan Dalam watchOS 8 anda boleh melihat paras audio fon kepala pada masa nyata dalam Pusat Kawalan semasa anda mendengar media. Lihat Pantau kelantangan fon kepala anda.
Muat turun panduan ini: Apple Books