Berlatih dengan Apple Watch
App Latihan pada Apple Watch anda memberikan anda alat untuk menguruskan sesi latihan individu anda. Anda boleh mengeset matlamat khusus, seperti masa, jarak, atau kalori. Apple Watch anda menjejak kemajuan anda, menggerakkan anda sepanjang perjalanan dan meringkaskan hasil anda. Anda gunakan app Kecergasan pada iPhone anda untuk menyemak sejarah latihan lengkap anda.
watchOS 9 menawarkan beberapa peningkatan Latihan baharu. Ia termasuklah yang berikut:
Zon Kadar Jantung: Pantau keamatan latihan dengan melihat Zon Kadar Jantung pada Apple Watch anda. Zon Kadar Jantung dikira dan diperibadikan menggunakan data kesihatan anda secara automatik, atau anda boleh menciptanya secara manual.
Paparan latihan baharu: Lihat metrik penting untuk pengalaman latihan yang berbeza. Putar Digital Crown untuk paparan metrik baharu seperti gelung Aktiviti, Zon Kadar Jantung, Kuasa Larian, Ketinggian, Kangkang Jajar dan segmen.
Metrik larian baharu: (Apple Watch SE dan Apple Watch Series 6 serta lebih baharu) Metrik cara berlari, termasuk Panjang Langkah, Masa Sentuhan Tanah dan Ayunan Menegak, boleh ditambah sebagai metrik dalam Paparan Latihan.
Latihan tersuai: Sesuaikan selang kerja dan pemulihan untuk bersesuaian dengan gaya latihan anda. Terima isyarat untuk kadar, kadar jantung dan kuasa.
Latihan berbilang sukan: Untuk triatlon, atau aktiviti dengan sebarang jujukan berenang, berbasikal dan berlari, latihan Berbilang Sukan menggunakan pengesanan auto untuk bertukar antara latihan dengan mudah. Butiran latihan berbeza dirakam secara automatik, serta masa transisi antara latihan.
Kuasa berlari: (Apple Watch SE dan Apple Watch Series 6 serta lebih baharu) Apple Watch mengukur usaha yang anda dalam lakukan dalam larian, memaparkan jumlah kuasa yang anda gunakan (diukur dalam watt) dan membantu anda kekal pada paras boleh mampan.
Laluan Perlumbaan (watchOS 9.2): Jika anda secara rutin berlari atau berbasikal pada laluan yang sama, anda boleh berlumba dengan hasil terakhir atau terbaik anda dalam latihan Larian Luar atau Berbasikal Luar.
Pengesanan trek automatik (watchOS 9.2): Apabila anda di trek dan memulakan latihan Larian Luar, anda digesa untuk memulakan latihan Trek, yang anda memilih lorong untuk berlari dan secara pilihan, menerima isyarat pusingan yang menunjukkan jarak, masa dan kadar semasa anda menyelesaikan setiap pusingan.
Peningkatan berenang: Pengesanan papan keribas telah ditambah sebagai jenis kuak baharu untuk latihan Renang Kolam. Selain itu, perenang kini boleh menjejak kecekapan mereka dengan skor SWOLF—kiraan kuak digabungkan dengan masa, dalam saat, yang diambil untuk berenang satu panjang kolam.
Lihat Kalibrasi Apple Watch anda untuk ketepatan Latihan dan Aktiviti yang ditingkatkan untuk mendapatkan maklumat tentang cara Apple Watch anda dikalibrasi.
Muat turun panduan ini: Apple Books