Baru dalam watchOS 7
Sesuaikan dan kongsi muka jam anda Cipta muka jam dengan komplikasi kegemaran anda (atau berbilang komplikasi daripada app yang sama) dan kongsinya menerusi teks, e-mel, atau pautan dalam talian. Lihat Kongsi muka jam Apple Watch.
Jejak tidur anda Apple Watch dengan watchOS 7 boleh membantu anda mencapai matlamat tidur anda. Hanya cipta jadual tidur, kemudian baring di katil. Apabila anda bangun tidur, lihat jumlah masa anda tidur dan semak aliran tidur anda sepanjang dua minggu lalu. Lihat Jejak tidur anda dengan Apple Watch.
Kira detik untuk mencuci Dengan watchOS 7, Apple Watch boleh mengesan apabila anda mula mencuci tangan anda dan menggalakkan anda meneruskannya untuk masa yang disyorkan oleh organisasi kesihatan sedunia. Lihat Sediakan Mencuci Tangan pada Apple Watch.
Urus jam ahli keluarga anda Kanak-kanak serta orang dewasa boleh mendapat manfaat dengan memakai Apple Watch. Dengan watchOS 7, anda boleh menyediakan dan mengurus Apple Watch untuk anak anda—atau sebarang ahli kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Lihat Sediakan Apple Watch ahli keluarga anda.
Bagaimana untuk cakap... Tidak tahu perkataan atau frasa dalam bahasa lain? Siri boleh menterjemah berbilang bahasa pada Apple Watch. Lihat Gunakan Siri pada Apple Watch.
Buka kunci iPhone dengan Apple Watch (watchOS 7.4) Anda boleh menggunakan Apple Watch anda untuk membuka kunci iPhone anda dengan selamat menggunakan Face ID apabila hidung dan mulut anda ditutup. Lihat Buka kunci iPhone anda dengan Apple Watch.
Bergerak dengan cara baru Buka app Latihan dan mulakan satu daripada empat latihan baru—Tarian, Latihan Kekuatan Fungsi, Latihan Teras, atau Sejuk Badan. Lihat hasil latihan anda dalam app Kecergasan pada iPhone. Lihat Berlatih dengan Apple Watch.
Mari berbasikal Dengan watchOS 7, Apple Watch menawarkan arah berbasikal—lengkap dengan peta yang menunjukkan perubahan ketinggian, laluan basikal dan jalan yang sesak. Lihat Dapatkan arah.
Gunakan pintasan Dengan ketikan, anda kini boleh menggunakan pintasan yang anda cipta pada iPhone dan menambahnya sebagai komplikasi ke muka jam anda. Lihat Gunakan pintasan pada Apple Watch.
Lebih cara untuk melindungi pendengaran anda Apple Watch bukan sahaja boleh memberi amaran tentang pendedahan terhadap bunyi kuat di sekitar anda, tetapi juga mengurangkan bunyi kuat yang dimainkan menerusi fon kepala anda secara automatik. Lihat Laraskan bunyi.
Muka jam baru Cuba perkara baru dengan muka jam baru untuk Apple Watch Series 4 dan lebih baru—Memoji, GMT, Kira Jumlah, Kronograf Pro, Artis, Tipografi dan Jalur. Tambah penapis warna ke sebarang muka jam Foto. Lihat Muka jam dan ciri Apple Watch.