Dengar dan balas mesej dengan AirPods pada Apple Watch
Dengan Umumkan Mesej, anda boleh mendengar mesej anda dengan AirPods anda (AirPods Max, AirPods Pro dan AirPods generasi ke-2; watchOS 7.3 atau lebih baru diperlukan untuk AirPods Max). Jika mesej tiba apabila Apple Watch anda dikunci dan AirPods anda disambungkan dengannya, bunyi loceng dimainkan dan Siri mula membaca mesej.
Aktifkan Umumkan Mesej
Pakai AirPods di telinga anda (AirPods Pro dan AirPods generasi kedua) atau pada kepala anda (AirPods Max).
Buka app Seting pada Apple Watch anda, pergi ke Siri > Umumkan Mesej, kemudian aktfikan Umumkan Mesej.
Nyahaktifkan Umumkan Mesej buat sementara
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik .
Ketik lagi untuk mengaktifkannya.
Nota: Butang Umumkan Mesej dinyahdayakan apabila anda mengeluarkan AirPods.
Balas mesej
Sebut sesuatu seperti “Balas ini berita baik”.
Siri mengulangi perkara yang anda sebut, kemudian meminta pengesahan sebelum menghantar balasan anda. (Untuk menghantar balasan tanpa menunggu pengesahan, buka app Seting pada Apple Watch anda, pergi ke Siri > Umumkan Mesej, kemudian aktifkan Balas tanpa Pengesahan.)
Hentikan Siri daripada membaca mesej
Anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Sebutkan sesuatu seperti “Berhenti” atau “Batal”.
Tekan Digital Crown (AirPods Max).
Nota: Semasa mendengar mesej, anda boleh memutar Digital Crown untuk menukar kelantangan.
Tekan salah satu Force Sensor (AirPods Pro).
Dwiketik salah satu AirPods anda (generasi ke-2).
Keluarkan salah satu AirPods anda (AirPods Pro dan AirPods generasi ke-2)