Mula semula Apple Watch
Jika sesuatu tidak berfungsi dengan betul, cuba mulakan semula Apple Watch anda dan iPhone yang dipasangkan dengannya.
Mula semula Apple Watch
Matikan Apple Watch anda: Tekan dan tahan butang sisi sehingga gelangsar muncul, kemudian seret gelangsar Matikan Kuasa ke kanan.
Hidupkan Apple Watch anda: Tahan butang sisi sehingga logo Apple muncul.
Nota: Anda tidak boleh memulakan semula Apple Watch anda semasa ia dicas.
Mulakan semula iPhone dipasangkan
Matikan iPhone anda: Untuk model dengan Face ID, tekan dan tahan butang sisi dan butang kelantangan, kemudian seret gelangsar ke kanan. Untuk model tanpa Face ID, tekan dan tahan butang sisi atau butang atas sehingga gelangsar muncul, kemudian seret gelangsar ke kanan. Dengan sebarang model, anda juga boleh pergi ke Seting > Umum > Tutup.
Hidupkan iPhone anda: Tahan butang sisi atau atas sehingga logo Apple muncul.
Paksa Apple Watch mula semula
Jika anda tidak boleh mematikan Apple Watch atau jika masalah berterusan, anda mungkin perlu paksa Apple Watch anda untuk mula semula. Lakukannya hanya jika anda tidak dapat memula semula Apple Watch anda.
Untuk paksa bermula semula. tahan butang sisi dan Digital Crown pada masa yang sama untuk sekurang-kurangnya sepuluh saat, sehingga logo Apple muncul.