Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
-
- Buka app
- App pada Apple Watch
- Susun app
- Ikon Status
- Pusat Kawalan
- Laraskan kecerahan, saiz teks, bunyi dan haptik
- Siri
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Sambungkan Apple Watch ke rangkaian Wi-Fi
- Serahkan tugas daripada Apple Watch
- Buka kunci Mac anda dengan Apple Watch
- Gunakan Apple Watch tanpa iPhone pasangannya
- Gunakan Apple Watch anda dengan rangkaian selular
- Muka dan Ciri
- Hak Cipta
Mula semula Apple Watch
Jika sesuatu tidak berfungsi dengan betul, cuba mulakan semula Apple Watch anda dan iPhone yang dipasangkan dengannya.
Mula semula Apple Watch
Matikan Apple Watch anda: Tekan dan tahan butang sisi sehingga gelangsar muncul, kemudian seret gelangsar Matikan Kuasa ke kanan.
Hidupkan Apple Watch anda: Tahan butang sisi sehingga logo Apple muncul.
Nota: Anda tidak boleh memulakan semula Apple Watch anda semasa ia dicas.
Mulakan semula iPhone dipasangkan
Matikan iPhone anda: Tekan dan tahan butang sisi atau atas sehingga gelangsar muncul, kemudian seret gelangsar ke kanan atau pergi ke Seting > Umum > Tutup.
Hidupkan iPhone anda: Tahan butang sisi atau atas sehingga logo Apple muncul.
Paksa Apple Watch mula semula
Jika anda tidak boleh mematikan Apple Watch atau jika masalah berterusan, anda mungkin perlu paksa Apple Watch anda untuk mula semula. Lakukannya hanya jika anda tidak dapat memula semula Apple Watch anda.
Untuk paksa bermula semula, tahan butang sisi dan Digital Crown pada masa yang sama untuk sekurang-kurangnya sepuluh saat, sehingga logo Apple muncul.