Buat panggilan telefon kecemasan pada Apple Watch
Dalam kes kecemasan, gunakan Apple Watch anda untuk memanggil bantuan dengan cepat.
Buat panggilan kecemasan
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tekan dan tahan butang sisi sehingga gelangsar kelihatan, kemudian seret gelangsar SOS Kecemasan ke kanan.
Apple Watch anda memanggil perkhidmatan kecemasan dalam rantau anda—contohnya, 911. (Di sesetengah rantau, anda mungkin perlu menekan nombor pad kekunci untuk melengkapkan panggilan.) Selepas panggilan tamat, Apple Watch anda memberikan isyarat kepada kenalan kecemasan anda bahawa anda membuat panggilan dan menghantar lokasi semasa anda (jika tersedia) kepada mereka.
Tekan dan terus tahan butang sisi sehingga Apple Watch anda berbunyi bip dan memulakan kira detik. Apabila kira detik tamat, Apple Watch anda memanggil perkhidmatan kecemasan. Apple Watch berbunyi bip walaupun dalam mod senyap, oleh itu jika anda berada dalam situasi kecemasan dan anda tidak mahu membuat bunyi, gunakan gelangsar SOS Kecemasan untuk memanggil perkhidmatan kecemasan tanpa kira detik.
Jika anda tidak mahu Apple Watch anda untuk memulakan kira detik kecemasan secara automatik apabila anda tekan dan tahan butang sisi, nyahaktifkan Pendailan Automatik. Buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik SOS, ketik Tahan Butang Sisi, kemudian nyahaktifkan Tahan Butang Sisi. (Atau buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik SOS Kecemasan, kemudian nyahaktifkan Tahan Butang Sisi.) Anda masih boleh membuat panggilan kecemasan menggunakan gelangsar SOS Kecemasan.
Jika pengesanan jatuh didayakan dan anda tidak bergerak selama lebih kurang seminit selepas Apple Watch mengesan kejatuhan yang teruk, Apple Watch akan cuba membuat panggilan ke perkhidmatan kecemasan secara automatik. Lihat Uruskan pengesanan jatuh pada Apple Watch.
Anda boleh menggunakan Apple Watch Series 5 (GPS + Cellular), Apple Watch SE (GPS + Cellular), Apple Watch Series 6 (GPS + Cellular) atau Apple Watch Series 7 (GPS + Cellular) untuk membuat panggilan kecemasan di kebanyakan lokasi, jika perkhidmatan selular tersedia. Sesetengah rangkaian selular mungkin tidak menerima panggilan kecemasan daripada Apple Watch Series 5, Apple Watch SE, Apple Watch Series 6 atau Apple Watch Series 7 (GPS + Cellular) anda jika Apple Watch anda tidak diaktifkan, jika ia tidak serasi dengan atau dikonfigurasikan untuk beroperasi pada rangkaian selular yang khusus, atau jika tidak disediakan untuk perkhidmatan selular.
Apabila anda memulakan panggilan SOS Kecemasan semasa di luar negara, jam anda bersambung ke perkhidmatan kecemasan tempatan, tetapi ia tidak menghantar lokasi anda atau mesej teks kepada kenalan kecemasan anda. Di sesetengah negara dan rantau, panggilan kecemasan antarabangsa berfungsi walaupun anda belum menyediakan perkhidmatan selular pada jam. Lihat tapak web Ketersediaan Ciri watchOS untuk mengetahui negara dan rantau yang disokong.
Kongsi ID Perubatan anda dengan perkhidmatan kecemasan
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Kesihatan > ID Perubatan.
Ketik Edit, kemudian aktifkan Kongsi Semasa Panggilan Kecemasan.
Untuk mencipta ID Perubatan anda, lihat Cipta ID Perubatan kecemasan.
Batalkan panggilan kecemasan
Jika anda mulakan panggilan kecemasan secara tidak sengaja, ketik , kemudian ketik Tamatkan Panggilan untuk membatalkan panggilan.
Tambah kenalan kecemasan
Buka app Kesihatan pada iPhone anda.
Ketik gambar profil anda, ketik ID Perubatan, kemudian ketik Edit.
Ketik “tambah kenalan kecemasan,” kemudian ketik Selesai untuk menyimpan perubahan anda.
Muat turun panduan ini: Apple Books