Gunakan Penjejakan Kitaran pada Apple Watch
Gunakan app Penjejakan Kitaran untuk melog butiran tentang kitaran haid anda. Anda boleh menambah maklumat aliran dan merekod simptom seperti sakit kepala atau kekejangan. Menggunakan maklumat yang anda log, app Penjejakan Kitaran boleh memberi anda isyarat apabila ia meramalkan bahawa tempoh haid atau kesuburan anda yang seterusnya akan bermula. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna iPhone dan artikel Sokongan Apple Jejak tempoh haid anda dengan Penjejakan Kitaran.
Sediakan Penjejakan Kitaran
Buka app Kesihatan pada iPhone anda dengan iOS 14.
Ketik Layari di bahagian bawah untuk memaparkan skrin Kategori Kesihatan.
Ketik Penjejakan Kitaran.
Ketik Mulakan, kemudian ikut arahan pada skrin untuk mengesetkan pemberitahuan dan pilihan lain.
Skrol ke bahagian bawah halaman, ketik Pilihan, kemudian aktifkan pilihan yang ada mahu—contohnya, Ramalan Haid dan Ramalan Kesuburan.
Log kitaran anda pada Apple Watch
Buka app Penjejakan Kitaran pada Apple Watch anda.
Ketik butang dan pilih pilihan yang menggambarkan haid anda—contohnya, paras aliran dan simptom anda.
Pemerhatian yang anda berikan kelihatan dalam log Kitaran pada iPhone. Jika anda mengaktifkan Ramalan Haid dan Ramalan Kesuburan dalam app Kesihatan pada iPhone, anda akan menerima pemberitahuan pada Apple Watch tentang tempoh haid dan kesuburan akan datang.
Pada iPhone, anda juga boleh mengelog faktor dalam app Kesihatan yang boleh menjejaskan kitaran anda, seperti kehamilan, laktasi dan penggunaan kontraseptif. Bergantung pada faktor yang anda pilih, ramalan haid atau tempoh kesuburan anda pada iPhone atau Apple Watch mungkin dinyahaktifkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna iPhone.
Penting: Ramalan tempoh kesuburan tidak sepatutnya digunakan sebagai kaedah kawalan kelahiran.