Gunakan Kompas pada Apple Watch (Apple Watch Series 5 sahaja)
App Kompas menunjukkan arah Apple Watch Series 5 anda menghadap, lokasi semasa dan ketinggian anda.
Nota: Jika anda mengeluarkan app Kompas daripada iPhone anda, app juga dikeluarkan daripada Apple Watch.
Lihat bearing, ketinggian, condong dan koordinat anda
Bearing anda ditunjukkan di bahagian kiri atas. Putar Digital Crown untuk skrol ke atas dan lihat condong, ketinggian tanah dan kordinat anda.
Buka app Kompas pada Apple Watch anda.
Untuk mendapatkan bearing yang tepat, pegang Apple Watch dengan rata untuk menjajarkan rerambut silang di bahagian tengah kompas.
Untuk mengedit bearing anda, tekan kuat pada paparan, ketik Edit Bearing, kemudian gunakan Digital Crown.
Nota: Kompas tidak akan memaparkan ketinggian atau koordinasi jika Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Pekhidmatan Lokasi, buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Privasi, kemudian ketik Perkhidmatan Lokasi.
Untuk menggunakan utara benar dan bukannya utara magnetik, buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Kompas, kemudian aktifkan Gunakan Utara Benar.
Nota: Kompas boleh dipengaruhi oleh bahan magnetik dalam sesetengah tali jam. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan kompas pada Apple Watch Series 5.