Apple Watch boleh membantu dalam kecemasan
Apple Watch anda mempunyai ciri yang mampu membantu dalam situasi kecemasan tertentu.
Panggil bantuan
Apabila anda memerlukan bantuan kecemasan, pertolongan tersedia untuk anda. Tekan dan tahan butang sisi pada jam anda sehingga gelangsar SOS Kecemasan muncul, teruskan menahan dan Apple Watch anda akan memanggil perkihdmatan kecemasan dan menghantar mesej teks kepada kenalan kecemasan anda.
Dapatkan isyarat kadar jantung
Jika kadar jantung anda terlalu tinggi—atau terlalu rendah—Apple Watch anda memberi isyarat kepada anda supaya anda boleh mendapatkan bantuan jika diperlukan. Buka app Apple Watch pada iPhone anda, pergi ke Jam Saya, ketik Jantung, aktifkan Kadar Jantung Tinggi atau Kadar Jantung Rendah, kemudian pilih ambang kadar jantung.
Kesan jatuh yang signifikan (Apple Watch Series 4 sahaja)
Jika anda terjatuh dengan impak yang signifikan dan anda tidak bergerak serta tidak bertindak balas selama seminit, Apple Watch menghubungi perkhidmatan kecemasan dan menghantar mesej ke kenalan kecemasan anda.
Pakai gelang ID perubatan yang lebih pintar
Apabila anda menyimpan ID perubatan anda pada Apple Watch anda, responden pertama boleh mengakses maklumat perubatan penting anda daripada skrin Kunci tanpa memerlukan kod laluan anda. Untuk bermula, buka app Kesihatan pada iPhone anda, ketik ID Perubatan, kemudian ketik Cipta ID Perubatan. Untuk melihat ID tersebut, tahan butang sisi pada Apple Watch anda, kemudian seret gelangsar ID Perubatan ke kanan.
Mahu mengetahui lebih lanjut? Mulakan dengan Buat panggilan telefon kecemasan pada Apple Watch, Semak kadar jantung anda pada Apple Watch, Pengesanan jatuh dengan Apple Watch (Apple Watch Series 4 sahaja) dan Cipta ID perubatan kecemasan.