Temui peranti yang tersalah letak dengan Apple Watch
App Cari Peranti pada Apple Watch boleh membantu anda mencari peranti Apple anda yang hilang atau disalah letak.
Aktifkan rangkaian Cari untuk Apple Watch anda
Jika Apple Watch anda dipasangkan dengan iPhone anda, ia disediakan secara automatik apabila anda mengaktifkan Cari iPhone Saya. Untuk mencari jam anda, pastikan rangkaian Cari diaktifkan.
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik nama anda, kemudian skrol ke bawah sehingga anda melihat Apple Watch anda.
Ketik nama jam anda, kemudian ketik Cari Jam Saya.
Aktifkan “Cari Rangkaian Saya” jika ia tidak aktif.
Untuk mengetahui cara menyediakan peranti Apple lain untuk Cari, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Cari pada iPhone, iPad, iPod touch, atau Mac anda.
Lihat lokasi peranti
Jika peranti anda dalam talian, anda boleh melihat lokasinya dalam app Cari Peranti. Untuk peranti yang disokong, Cari Peranti boleh mencari peranti walaupun peranti dimatikan, dalam Mod Kuasa Rendah, atau jika Mod Pesawat diaktifkan.
Pergi ke app Cari Peranti pada Apple Watch anda, kemudian ketik peranti.
Jika peranti anda boleh dicari: Peranti kelihatan pada peta jadi anda boleh melihat lokasi peranti. Jarak anggaran peranti, masa terakhir peranti disambungkan ke Wi-Fi atau selular dan paras cas kelihatan di atas peta. Lokasi anggaran kelihatan di bawah peta.
Jika peranti tidak boleh dicari: Anda akan melihat “Tiada lokasi” di bawah nama peranti. Di bawah Pemberitahuan, aktifkan Maklumkan Apabila Ditemui. Anda akan menerima pemberitahuan apabila ia ditemui.
Untuk melihat peranti yang dimiliki oleh ahli keluarga kumpulan anda, skrol ke bawah dan ketik Tunjukkan Peranti Keluarga.
Mainkan bunyi pada iPhone, iPad, Mac, atau Apple Watch anda
Pergi ke app Cari Peranti pada Apple Watch anda, kemudian ketik peranti.
Ketik Mainkan Bunyi.
Jika peranti dalam talian: Bunyi dimainkan selepas tundaan sementara dan kelantangannya meningkat secara berkala, kemudian dimainkan selama lebih kurang 2 minit. Peranti bergetar (jika berkenaan). Isyarat Cari [peranti] Saya kelihatan pada skrin peranti.
E-mel pengesahan juga dihantar ke alamat e-mel yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Jika peranti di luar talian: Anda melihat Bunyi Belum Selesai. Bunyi dimainkan pada kali seterusnya peranti bersambung ke rangkaian Wi-Fi atau selular.
Petua: Jika Apple Watch anda berdekatan, anda juga boleh pingnya daripada iPhone anda.
Mainkan bunyi pada AirPods atau fon kepala Beats anda
Jika AirPods atau fon kepala Beats anda dipasangkan dengan Apple Watch, anda boleh memainkan bunyi padanya menggunakan Cari Peranti.
Untuk model AirPods disokong, anda boleh memainkan bunyi pada AirPods anda jika ia berada di dalam bekasnya.
Pergi ke app Cari Peranti pada Apple Watch anda, kemudian ketik peranti.
Ketik Mainkan Bunyi. Jika AirPods atau AirPods Pro anda terpisah, anda boleh menyenyapkan salah satu dengan mengetik Kiri atau Kanan untuk mencarinya satu demi satu.
Jika peranti dalam talian: Peranti akan memainkan bunyi serta-merta selama 2 minit.
E-mel pengesahan juga dihantar ke alamat e-mel yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Jika peranti di luar talian: Anda akan menerima pemberitahuan pada kali seterusnya peranti anda berada dalam liputan Apple Watch anda.
Dapatkan arah ke peranti
Anda boleh mendapatkan arah ke lokasi semasa peranti dalam app Peta pada Apple Watch anda.
Pergi ke app Cari Peranti pada Apple Watch anda, kemudian ketik peranti yang anda mahu dapatkan arah.
Ketik Arah untuk membuka Peta.
Ketik laluan untuk mendapatkan arah dari lokasi anda ke lokasi semasa peranti.
Terima pemberitahuan apabila anda tertinggal peranti
Untuk membantu anda mengelakkan anda salah letak peranti, anda boleh menerima pemberitahuan apabila anda tertinggal peranti anda. Anda juga boleh menetapkan Lokasi Dipercayai—lokasi yang anda boleh tinggalkan peranti anda tanpa menerima pemberitahuan.
Pergi ke app Cari Peranti pada Apple Watch anda.
Ketik peranti dengan yang anda mahu sediakan pemberitahuan.
Di bawah Pemberitahuan, ketik Maklumkan Apabila Tertinggal, kemudian aktifkan Maklumkan Apabila Tertinggal.
Anda juga boleh pergi ke app Cari pada iPhone anda, ketik Peranti, ketik peranti dengan yang anda mahu sediakan pemberitahuan, kemudian ketik Maklumkan Apabila Tertinggal. Aktifkan Maklumkan Apabila Tertinggal, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda mahu menambah Lokasi Dipercayai, anda boleh memilih lokasi dicadangkan, atau ketik Lokasi Baharu, pilih lokasi pada peta, kemudian ketik Selesai.
Tandakan peranti sebagai hilang
Jika peranti anda hilang atau dicuri, anda boleh mengaktifkan Mod Hilang pada iPhone, iPad atau Apple Watch anda, atau kunci Mac anda.
Pergi ke app Cari Peranti pada Apple Watch anda, kemudian ketik peranti.
Ketik Mod Hilang, kemudian aktifkan Mod Hilang.
Apabila anda menandakan peranti sebagai hilang, perkara berikut berlaku:
E-mel pengesahan dihantar ke alamat e-mel yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Mesej yang menandakan peranti hilang dan cara menghubungi anda kelihatan pada Skrin Kunci peranti.
Peranti anda tidak memaparkan isyarat atau memainkan bunyi apabila anda menerima mesej atau pemberitahuan, atau jika sebarang penggera berbunyi. Peranti anda masih boleh menerima panggilan telefon dan panggilan FaceTime.
Apple Pay dinyahdayakan untuk peranti anda. Sebarang kad kredit atau debit yang disediakan untuk Apple Pay, kad ID pelajar dan Transit Ekspres dikeluarkan daripada peranti anda. Kad kredit, debit dan ID pelajar dikeluarkan walaupun peranti anda di luar talian. Kad Transit Ekspres dikeluarkan pada kali seterusnya peranti anda dalam talian. Lihat artikel Sokongan Apple Tukar atau keluarkan kad bayaran yang anda gunakan dengan Apple Pay.
Untuk iPhone, iPad, atau Apple Watch, anda akan melihat lokasi semasa peranti anda pada peta serta sebarang perubahan dalam lokasinya.