Gunakan VoiceOver untuk mendengar ruang putih pada Mac
Apabila membaca atau mengedit teks, VoiceOver boleh menandakan ruang berulang dan menyebut inden peneraju.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver. Lihat Gunakan pengubah suai VoiceOver.
Dengar ruang berulang
VoiceOver boleh menunjukkan apabila teks mengandungi ruang berulang antara perkataan dan di hujung baris. VoiceOver tidak menunjukkan ruang tunggal.
Buka Utiliti VoiceOver (tekan VO-F8 apabila VoiceOver diaktifkan), klik kategori Berjela, kemudian klik Teks.
Klik menu timbul “Ruang berulang”.
Pilih cara anda mahu VoiceOver menunjukkan ruang berulang: Sebut dengan Kiraan atau Mainkan Nada. Jika anda tidak mahu VoiceOver menyebut ruang berulang, pilih Jangan Buat Apa-apa.
Dengar inden peneraju
VoiceOver boleh menyebut tab peneraju dan inden ruang sebagai kiraan tab serta ruang atau sebagai paras inden. Ini boleh jadi berguna terutamanya semasa menulis kod pemprograman.
Buka Utiliti VoiceOver (tekan VO-F8 apabila VoiceOver diaktifkan), klik kategori Berjela, kemudian klik Teks.
Klik menu timbul “Tab awal dan inden ruang”.
Lakukan salah satu daripada berikut untuk mendengar VoiceOver menyebut inden:
Sebagai kiraan tab dan ruang: Pilih Sebut Bilangan Ruang dan Tab.
Sebagai paras inden: Pilih Sebut dengan Paras, 2 Ruang per Inden atau Sebut dengan Paras, 4 Ruang per Inden.
Jika anda tidak mahu VoiceOver menyebut inden, pilih Jangan Buat Apa-apa.
Jika anda menggunakan keutamaan mudah alih pada komputer tetamu apabila anda menukar ruang putih, seting disimpan pada keutamaan pemacu mudah alih dan bukan ke komputer tetamu.