Sesuaikan VoiceOver dengan Utiliti VoiceOver
Utiliti VoiceOver adalah app yang anda gunakan untuk menyesuaikan seting VoiceOver. Untuk mengetahui tentang pilihan, klik butang Bantuan pada penjuru kanan bawah di setiap anak tetingkap dalam Utiliti VoiceOver.
Nota: VO mewakili pengubahsuai VoiceOver.
Untuk membuka Utiliti VoiceOver, lakukan satu daripada berikut:
Apabila VoiceOver diaktifkan, tekan VO-F8.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, klik VoiceOver, kemudian klik Buka Utiliti VoiceOver.
Untuk mencari Utiliti VoiceOver bagi pilihan yang tertentu, berinteraksi dengan bar alat dalam tetingkap Utiliti VoiceOver, kemudian taip apa yang anda cari dalam medan carian.
Navigasi senarai hasil carian dengan menekan VO-Anak Panah Bawah atau VO-Anak Panah Atas. Bagi setiap keputusan, Utiliti VoiceOver menunjukkan anak tetingkap di mana pilihan terletak dan menyerlahkan pilihan.