Semak semula pengumuman pada paparan braille
VoiceOver menghantar pengumuman ke paparan braille anda tentang peristiwa yang tidak diwakili visual pada skrin, seperti apabila app di latar belakang memerlukan perhatian. VoiceOver menyimpan sehingga 30 pengumuman dalam sejarah, dengan yang paling terbaru disenaraikan dahulu.
Nota: VO mewakili pengubahsuai VoiceOver.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Sebelum anda boleh menyemak semula pengumuman, anda mesti mengesetkan pilihan untuk menunjukkan status paparan umum. Untuk berbuat demikian, buka Utiliti VoiceOver (tekan VO-F8 apabila VoiceOver diaktifkan), klik kategori Braille, kemudian klik Tataletak.
Pada sel status yang menunjukkan status paparan umum, titik 1 menunjukkan sama ada terdapat pengumuman baru yang belum dibaca. Titik 2 menunjukkan sama ada pengumuman semasa telah dibaca.
Jika anda menetapkan perintah Sejarah Pengumuman ke kekunci paparan braille, tekan kekunci itu untuk menunjukkan pengumuman terbaru dalam sel bacaan.
Untuk beralih melalui sejarah pengumuman, tekan kekunci Anak Panah Atas untuk beralih melalui pengumuman sehingga anda mencapai yang paling lama; tekan kekunci Anak Panah Bawah untuk beralih ke hadapan melalui pengumuman sehingga anda mencapai yang paling terbaru.
Apabila anda selesai menyemak semula pengumuman, tekan sebarang kekunci penghala di atas pengumuman untuk memaparkan semula baris semasa.