Mulakan dokumen baharu dalam TextEdit pada Mac
Anda boleh mencipta dokumen teks dalam format teks biasa atau teks beraneka. Apabila anda mencipta dokumen teks beraneka, anda boleh menggunakan pilihan pemformatan, seperti teks justifikasi atau bergaya. Dokumen teks biasa tidak mempunyai pilihan pemformatan.
Buka app TextEdit pada Mac anda.
Nota: Dokumen TextEdit baharu berada dalam format teks beraneka secara lalai. Untuk membuatkan dokumen baharu dicipta dalam teks biasa, setkan seting dokumen baharu dalam seting TextEdit.
Jika dialog TextEdit muncul, iCloud Drive anda telah diaktifkan. Jika anda mahu dokumen baharu anda disimpan dalam iCloud, pilih TextEdit dalam bahagian iCloud pada bar sisi, kemudian klik Dokumen Baharu. Lihat Simpan fail dalam iCloud Drive.
Jika TextEdit telah pun terbuka, pilih Fail > Baharu (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda) untuk memulakan dokumen baharu.
Apabila dokumen dibuka, mulakan menaip.
Dokumen anda disimpan secara automatik semasa anda bekerja. Anda juga boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Tambah sifat dokumen: Pilih Fail > Tunjukkan Sifat, kemudian masukkan maklumat.
Penting: Sifat dokumen disimpan dengan dokumen teks beraneka sahaja.
Gunakan Alat Menulis Apple Intelligence: Jika anda mempunyai Mac dengan M1 atau lebih baharu, anda boleh menggunakan Alat Menulis untuk membantu anda mencari perkataan dan nada yang betul. Lihat Gunakan Alat Menulis dengan Apple Intelligence.
Cetak dokumen: Pilih Fail > Cetak.
Cipta PDF: Pilih Fail > Eksport sebagai PDF.
Apabila anda menggunakan Mod Gelap, anda boleh memaparkan dokumen dalam TextEdit dengan latar belakang cerah atau gelap. Dalam TextEdit, pilih Paparan > Gunakan Latar Belakang Gelap untuk Tetingkap (tanda semak menandakan latar belakang gelap sedang digunakan); untuk menyahaktifkannya, pilih perintah lagi (tanda semak dikeluarkan). Apabila anda melihat dokumen dalam TextEdit menggunakan latar belakang gelap, sesetengah teks dan warna latar belakang mungkin dipaparkan dengan berbeza pada skrin untuk memastikan kandungan dokumen boleh dibaca.