Automasikan tugas menggunakan AppleScript dan Terminal pada Mac
Anda boleh gunakan AppleScript dengan Terminal untuk menjimatkan masa atau automasikan tugas berulang. Terminal adalah app boleh skrip yang bertindak balas kepada perintah AppleScript. Perintah ini diterangkan dalam kamus AppleScript Terminal.
Lihat kamus AppleScript Terminal
Dalam Finder pada Mac anda, buka folder /Aplikasi/Utiliti.
Seret ikon app Terminal ke ikon app Editor Skrip .
Buka kamus AppleScript Terminal untuk saya
Dalam AppleScript, anda boleh menggunakan perintah Do Shell Script
untuk menghantar perintah skrip cangkerang UNIX ke Terminal.
Jalankan skrip AppleScript dari Terminal
Anda boleh menjalankan skrip AppleScript daripada Terminal menggunakan perintah osascript.
Dalam app Terminal pada Mac anda, gunakan perintah cd untuk beralih ke dalam direktori yang mengandungi skrip yang anda mahu jalankan. Sebagai contoh:
$ cd ~/Documents/YourScriptDirectory
Masukkan perintah osascript. Sebagai contoh:
$ osascript YourScript.scpt