Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jadikan fail boleh laksana dalam Terminal pada Mac
Skrip cangkerang mestilah fail boleh laksana untuk ianya berjalan. Anda boleh menggunakan perintah chmod untuk menunjukkan bahawa fail teks itu boleh dilaksanakan (maksudnya, kandungannya boleh dijalankan sebagai skrip cangkerang).
Dalam app Terminal pada Mac anda, gunakan perintah cd untuk beralih ke dalam direktori yang mengandungi fail yang anda mahu jadikan boleh laksana. Sebagai contoh:
$ cd YourScriptDirectory
Masukkan perintah chmod. Sebagai contoh:
$ chmod 755 YourScriptName.sh
Selepas membuat fail skrip cangkerang boleh laksana, anda boleh menjalankannya dengan memasukkan nama laluannya. Sebagai contoh:
$ ~/Documents/Dev/YourScriptName.sh
atau
$ cd ~/Documents/Dev/
$ ./YourScriptName.sh