Semak keserasian
Sebelum anda membeli perkakasan atau perisian baru, pastikan ia berfungsi dengan Mac anda dengan membandingkan keperluan item dengan Laporan Sistem.
Semak waranti anda
Anda tidak perlu melawat Apple Store untuk memeriksa status waranti Mac anda atau melihat jika anda layak untuk membeli liputan AppleCare.
Kemaskan cakera anda
Lihat graf untuk melihat sekali imbas apa yang memenuhi ruang pada Mac anda.
Jangan kosongkan Sampah lagi
Anda boleh membuatkan item yang telah berada dalam Sampah selama 30 hari dibuang secara automatik—dan mengosongkan ruang cakera yang berharga.
Untuk melayari Panduan Pengguna Maklumat Sistem, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.