Panduan Pengguna Pintasan
Apakah pintasan?
Pintasan ialah cara yang cepat untuk menyelesaikan satu atau lebih tugasan dengan app anda. App Pintasan membolehkan anda mencipta pintasan anda sendiri dengan beberapa langkah. Contohnya, bina pintasan “Masa Meluncur Air” yang mendapatkan laporan luncur air, memberikan ETA ke pantai dan memainkan senarai main muzik meluncur air anda.
Apakah tindakan?
Tindakan—asas pembentukan pintasan—ialah langkah tunggal dalam tugas. Campur dan padankan tindakan untuk mencipta pintasan yang berinteraksi dengan app dan kandungan pada peranti iOS atau iPadOS anda, serta kandungan dan perkhidmatan di Internet. Setiap pintasan dibuat daripada satu atau lebih tindakan.
Apakah automasi?
Automasi ialah sejenis pintasan yang dicetuskan oleh peristiwa dan bukannya secara manual. Anda boleh menggunakan app Pintasan untuk menyediakan automasi peribadi atau rumah dan kemudian membuatkan pintasan automasi dicetuskan oleh ketibaan anda, pemergian anda, seting pada iPhone anda, masa dalam hari dan banyak lagi.
Di mana pintasan?
Galeri menampilkan koleksi pintasan diuruskan yang kreatif dan berguna. Terokai Galeri untuk melihat kemungkinan pintasan dan cara ia dibina. Apabila anda menemui pintasan Galeri yang anda suka, tambahnya ke koleksi pintasan anda dengan ketikan ringkas dan sesuaikannya mengikut keperluan anda.
Untuk melayari Panduan Pengguna Pintasan, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.