Kongsi pintasan
Anda boleh berkongsi pintasan anda dengan rakan melalui iCloud. Anda boleh menambah soalan import ke pintasan anda sebelum berkongsi untuk memperibadikan pintasan pada peranti rakan anda.
Penting: Untuk berkongsi pintasan, anda mesti mengaktifkan Penyelarasan iCloud dan membenarkan pintasan tidak dipercayai dahulu.
Kongsi pintasan daripada editor pintasan
Dalam Pintasan Saya , ketik pada pintasan untuk membuka pintasan dalam editor pintasan, kemudian ketik .
Jika anda tidak melihat butang Kongsi , buka app Seting pada peranti anda, ketik Pintasan, kemudian aktifkan Benarkan Pintasan Tidak Dipercayai.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Kongsi pintasan sebagai pautan: Ketik Salin Pautan iCloud, kemudian ketik Salin Pautan.
Pautan ke pintasan (https://www.icloud.com/shortcuts/ID pintasan) disalin ke papan klip anda, sedia untuk ditampal ke app perkongsian, seperti Mesej atau app e-mel. Apabila penerima mengetik pautan, perihalan setiap pintasan dipaparkan. Apabila penerima mengetik Dapatkan Pintasan, pintasan ditambah ke koleksi Pintasan Saya mereka.
Kongsi pintasan ke skrin Utama anda: Ketik Tambah ke Skrin Utama.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Jalankan pintasan daripada skrin Utama.
Kongsi pintasan menggunakan AirDrop: Ketik nama pengguna AirDrop berdekatan, kemudian ketik Kongsi.
Apabila penerima mengetik Terima, perihalan setiap pintasan dipaparkan. Apabila penerima mengetik Dapatkan Pintasan, pintasan ditambah ke koleksi Pintasan Saya mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Kongsi fail menggunakan AirDrop pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone.
Kongsi pintasan daripada Pintasan Saya
Sentuh dan tahan pintasan dalam Pintasan Saya , ketik Kongsi, kemudian ketik pilihan, seperti Mail, Nota, atau AirDrop.
Berhenti berkongsi pintasan
Apabila anda berkongsi pintasan, pautan pintasan tersedia di iCloud (https://www.icloud.com/shortcuts/ID pintasan). Untuk berhenti berkongsi pintasan, anda mesti membuka pautan pintasan dalam app Pintasan terlebih dahulu, kemudian buka pintasan dalam app untuk mengakses butang Henti Berkongsi.
Dalam Pintasan Saya , ketik pada pintasan dikongsi, kemudian ketik .
Ketik Salin Pautan iCloud, kemudian ketik Salin Pautan dalam dialog yang muncul.
Pada peranti anda, buka Safari, tampal pautan dalam medan carian, kemudian ketik Pergi.
Pintasan muncul pada halaman web.
Leret ke bawah dari bahagian tengah skrin untuk memaparkan butang Pintasan Dibuka, kemudian ketik Buka.
Pintasan dibuka dalam app Pintasan.
Di penjuru kanan atas, ketik , kemudian ketik Henti Berkongsi.
Ketik Henti Berkongsi dalam dialog yang muncul.