Perihal tindakan kongsi dalam Pintasan
Selepas tindakan dapatkan membawakan kandungan ke dalam pintasan dan tindakan transform mengubah suai tindakan tersebut, tindakan kongsi menghantar kandungan anda ke tempat baru. Tindakan kongsi terdiri daripada kumpulan tindakan terbesar dalam Pintasan dan termasuk pelbagai integrasi dengan app dan perkhidmatan lain yang meluaskan keupayaan pintasan anda. Tindakan ini biasanya digunakan berdekatan hujung pintasan untuk menyerahkan kandungan ke dalam app lain sebagai langkah terakhir untuk memenuhi matlamat anda.
Tindakan kongsi yang paling ringkas ialah Kongsi dan Kongsi dengan Sambungan.
Semasa anda membina pintasan; anda boleh mencari tindakan kongsi menggunakan kata kunci seperti tambah; cipta, siar, kongsi, hantar dan log untuk mencipta item baru, simpan dan tambah untuk bekerja dengan fail dan buka untuk melancarkan app lain.
Tindakan kongsi untuk menambah item baru
Tindakan kongsi membolehkan anda menambah atau mencipta item dalam app lain. Contohnya, Tambah Peristiwa Baru menambah peristiwa ke app Kalendar, Cipta Senarai Main mencipta senarai main dalam app Muzik dan Simpan ke Album Foto menambah foto ke album yang ditentukan dalam app Foto.
Tindakan kongsi dalam kategori Teks termasuklah Tambah Kad Trello, Tambah Item OmniFocus dan Tambah Item Todoist, yang masing-masing menambah item ke app Trello, OmniFocus dan Todoist.
Sesetengah tindakan kongsi digunakan untuk menyiarkan kandungan, termasuk Tweet, Siarkan ke Facebook, Siarkan di Instagram dan Siarkan ke WordPress.
Serta tindakan kongsi lain digunakan untuk melog data, termasuk Log Sampel Kesihatan dan Log Latihan.
Tindakan kongsi untuk pengurusan fail
Tindakan kongsi berkaitan fail termasuklah Simpan Fail, Simpan ke Album Foto dan Tambah ke Senarai Bacaan. Dalam sesetengah kes, tindakan kongsi boleh menambah data ke fail sedia ada, iaitu tindakan Tambah ke Nota, Tambah ke Nota Bear dan Tambah ke Helaian Ulysses. Anda boleh mencari tindakan kongsi berkaitan fail menggunakan kata kunci simpan.
Tindakan kongsi untuk melancarkan kandungan dalam app lain
Tindakan kongsi yang melancarkan kandungan dalam app lain termasuklah Buka URL, Buka App, Buka Dalam, Buka Ulysses, Buka Nota Bear dan Buka Draf. Anda boleh mencari tindakan kongsi ini menggunakan kata kunci Buka.
Contohnya, Buka URL mengambil sebarang pautan yang diserahkan sebagai input dan membukanya dalam Safari. Buka URL juga menyokong skema URL yang disediakan oleh app lain yang anda telah pasang. Ketahui lebih lanjut dalam Gunakan skema URL app lain dalam Pintasan.
Tindakan Buka Dalam menghantar salinan kerja anda kepada app lain yang menyokong dokumen. Mungkin anda mahu pintasan untuk mengambil halaman web, menukarnya daripada HTML kepada Teks Beraneka dan kemudian menghantarnya ke Pages atau Microsoft Word. Buka dalam Buku juga berguna untuk menyimpan PDF atau eBook dalam iBooks Apple Books.