Buka dan cipta pintasan menggunakan skema URL pada iPhone atau iPad
Skema URL Pintasan membenarkan anda membuka app, mencipta, menjalankan, atau mengedit pintasan dan berinteraksi dengan Galeri dalam app Pintasan. Skema URL boleh digunakan di semua tempat yang URL boleh digunakan—app anda sendiri, dalam pelayar web atau dalam baris perintah.
Buka Pintasan menggunakan skema URL
Buka URL
shortcuts://
untuk melancarkan app ke keadaan terakhir ia digunakan.
Cipta pintasan baru menggunakan skema URL
Buka URL
shortcuts://create-shortcut
untuk melompat ke editor pintasan dan untuk mencipta pintasan baru.
Buka pintasan khusus menggunakan skema URL
Anda boleh melancarkan app ke pintasan tertentu dalam koleksi anda.
Buka URL dengan struktur berikut:
shortcuts://open-shortcut?name=[name]
dan berikan nama pintasan dalam parameter nama.