Soalan Lazim tentang Pintasan
Bolehkan saya selaraskan pintasan saya antara peranti?
Pintasan anda diselaraskan secara automatik antara sebarang peranti yang didaftar masuk ke iCloud. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Selaraskan pintasan.
Adakah Pintasan menyokong app atau perkhidmatan kegemaran saya?
Senarai tindakan disokong yang menggunakan app dan perkhidmatan tidak tersedia pada web. Namun begitu, anda boleh mencari app dan perkhidmatan dalam app dengan cepat.
Untuk mencari, buka pintasan dalam app, ketik , kemudian masukkan nama app atau perkhidmatan dalam medan carian. Tindakan yang menggunakan app atau perkhidmatan yang anda cari muncul dalam senarai tindakan.
Jika anda tidak boleh mencari tindakan yang menggunakan app atau perkhidmatan dengan medan carian, cuba tambah tindakan Buka Dalam atau tindakan Buka App ke pintasan anda, kemudian cari app atau perkhidmatan dalam menu Pilihan.
Bagaimana untuk membina pintasan yang melakukan X?
Galeri app Pintasan ialah tempat yang bagus untuk meneroka pintasan dengan pelbagai jenis keupayaan. Cari menerusi Galeri untuk melihat apa-apa yang mungkin dan cara pintasan tertentu dibina.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Temui pintasan dalam Galeri dan Cipta pintasan baru.
Bolehkah Pintasan menukar seting sistem saya?
Pintasan boleh mengubahsuai kecerahan skrin dan kelantangan peranti iOS anda, serta seting Mod Pesawat, Wi-Fi, Bluetooth, Jangan Ganggu dan Mod Kuasa Rendah.
Pintasan tidak boleh menukar seting Hotspot Peribadi, VPN, atau Perkhidmatan Lokasi.
Bolehkah saya menghantar mesej teks atau e-mel tanpa mengetik butang Hantar?
Disebabkan pengehadan keselamatan dalam iOS, anda mesti ketik butang Hantar untuk menghantar e-mel atau mesej teks. Untuk menggantikan pengehadan ini bagi mesej teks, nyahaktifkan Tunjuk Apabila Dijalankan dalam tindakan Hantar Mesej.