Aliran kandungan dalam Pintasan
Apabila anda menjalankan pintasan, maklumat diserahkan daripada tindakan ke tindakan dan ditransformasikan sepanjang perjalanan. Maklumat ini, atau kandungan, boleh menjadi sebarang jenis—teks, foto, video, URL, peristiwa Kalendar, lagu, kenalan, data Kesihatan, lokasi Peta dan banyak lagi.
Sebarang bilangan item boleh diserahkan daripada satu tindakan kepada yang seterusnya. Kandungan biasanya bersifat halimunan semasa ia diserahkan daripada tindakan kepada tindakan. Dan apabila pintasan selesai, kandungan dibuang dan pintasan direset untuk kali seterusnya anda menjalankannya.
Contohnya, tindakan Dapatkan Foto Terkini mengambil dan mengeluarkan output imej yang terbaru disimpan ke app Foto. Dalam pintasan berikut, berbilang item diserahkan antara tindakan: tindakan Dapatkan Foto Terkini menyerahkan tiga imej yang diisih mengikut tertib daripada terkini hingga terlama kepada tindakan Tweet.