Gunakan tindakan Pilih daripada Menu dalam Pintasan
Tindakan Pilih daripada Menu memberikan anda keupayaan untuk menentukan apa-apa yang pintasan perlu lakukan apabila ia dijalankan. Anda memilih daripada senarai pilihan pratakrif untuk membuatkan setiap pilihan menjalankan siri tindakan berbeza. Ini membenarkan pintasan mengekalkan struktur ketat tetapi masih fleksible (bergantung pada konteks masa sebenar).
Tindakan Pilih daripada Senarai menunjukkan senarai item untuk dipilih apabila anda menjalankan pintasan (seperti imej atau nama lagu), manakala tindakan Pilih daripada Menu menunjukkan senarai pilihan, yang membolehkan pintasan melakukan perkara berbeza bergantung pada pilihan yang anda ambil apabila anda menjalankan pintasan. Fikirkan tindakan Pilih daripada Menu sebagai mencipta cabang di jalan dalam pintasan anda—pintasan dihantar ke arah berbeza bergantung pada pilihan yang diambil, yang menghasilkan kelakuan yang unik.
Setiap pilihan menu dalam tindakan Pilih daripada Menu mempunyai penanda yang sepadan—tag di bawah tindakan Pilih daripada Menu dalam editor pintasan; setiap penanda mewakili laluan berlainan yang mungkin diambil oleh pintasan pada titik tersebut. Letakkan tindakan yang anda mahu pintasan laksanakan di bawah penanda untuk pilihan menu khusus. Contohnya, jika anda menambah tindakan Pilih daripada Menu dengan dua pilihan—”Gembira berjumpa awak” dan “Gembira bertemu lagi”—anda boleh menambah tindakan Teks di bawah penanda “Gembira berjumpa awak” dan memasukkan rentetan teks, “Gembira berjumpa awak hari ini!” Apabila anda menjalankan pintasan, memilih “Gembira berjumpa awak” akan menyerahkan rentetan teks “Gembira berjumpa awak hari ini!” keluar daripada tindakan Pilih daripada Menu ke dalam tindakan seterusnya dalam pintasan anda.
Nota: Walaupun anda mungkin melihat garis di bahagian tengah skrin yang menyambungkan setiap tindakan, pintasan tersebut sebenarnya melangkau tindakan untuk pilihan yang anda tidak pilih. Pilih daripada Menu membenarkan anda memilih hanya satu pilihan dan pilihan tersebut menentukan tindakan yang digunakan.
Petua: Anda juga boleh menggunakan pemboleh ubah dalam nama setiap pilihan menu untuk menjadikannya dinamik. Contohnya, anda boleh menambah pemboleh ubah Tarikh Semasa ke pilihan “Gembira bertemu lagi” di atas. Apabila anda menjalankan pintasan dan memilih “Gembira bertemu lagi,” tarikh semasa ditambah secara automatik.