Navigasi senarai tindakan dalam Pintasan
Tindakan ialah asas pembentukan pintasan. Semasa anda menambah pintasan ke pintasan tersuai anda, anda boleh melihat maklumat tentang setiap tindakan, mengisih senarai tindakan tersedia mengikut kategori atau istilah carian dan mencipta tindakan kegemaran untuk digunakan pada masa akan datang.
Semasa anda membina pintasan, app Pintasan meramalkan tindakan yang anda mungkin akan gunakan seterusnya. Contohnya, jika tindakan terakhir ialah tindakan Kenalan, app mencadangkan tindakan seperti Panggil atau FaceTime. Dalam pintasan yang berakhir dengan tindakan Dapatkan Lagu Semasa, senarai mencadangkan tindakan seperti Tambah Ke Senarai Main atau Dapatkan Butiran Muzik.
Nota: Tindakan dicadangkan akan hilang daripada senarai apabila anda mengetik .
Dalam iOS 12, app boleh mendedahkan pintasannya sendiri. Pintasan ini tersedia sebagai tindakan dalam kategori tindakan Cadangan Siri. Lihat Lihat tindakan yang dicadangkan Siri.
Lihat maklumat tentang tindakan
Dalam Pustaka app Pintasan , ketik pada pintasan.
Dalam editor pintasan, ketik untuk memaparkan senarai kategori tindakan.
Ketik kategori tindakan dalam senarai, kemudian ketik untuk tindakan khusus.
Perihalan ringkas tindakan muncul, termasuk jenis kandungan yang boleh digunakan sebagai input (jika ada) dan output yang terhasil. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang input dan output, lihat Bagaimana pintasan berfungsi?
Petua: Sebaik sahaja tindakan ditempatkan dalam pintasan, anda boleh mengetik nama atau ikon tindakan untuk memaparkan perihalan tindakan.
Cari senarai tindakan
Dalam app Pintasan, lakukan salah satu yang berikut dalam editor pintasan:
Pada iPhone: Ketik di bahagian bawah skrin.
Pada iPad: Ketik di bahagian atas bar sisi kiri.
Pada model iPhone yang lebih besar, seperti iPhone XS Max atau iPhone 8 Plus, senarai tindakan muncul dalam bar sisi di sebelah kiri apabila anda memutarkan iPhone ke orientasi landskap.
Masukkan istilah dalam medan carian.
Senarai diisih untuk menunjukkan tindakan yang mengandungi istilah carian tersebut. Cuba cari dapatkan, cari, atau tambah untuk meneroka pelbagai tindakan merentas berbilang kategori. Anda juga boleh mencari topik khusus seperti muzik atau peristiwa, atau untuk app dan perkhidmatan yang anda gunakan.
Lihat semua tindakan dalam kategori khusus
Dalam app Pintasan, lakukan salah satu yang berikut dalam editor pintasan:
Pada iPhone: Ketik di bahagian bawah skrin.
Petua: Anda juga boleh meleret ke atas untuk memaparkan senarai tindakan.
Pada iPad: Ketik di bahagian atas bar sisi kiri.
Pada model iPhone yang lebih besar seperti iPhone XS Max atau iPhone 8 Plus, senarai tindakan muncul dalam bar sisi di sebelah kiri apabila anda memutarkan iPhone ke orientasi landskap.
Senarai kategori tindakan muncul.
Ketik nama kategori (contohnya Muzik atau Web).
Semua tindakan yang berkaitan dengan kategori yang anda pilih muncul dalam senarai, disusun mengikut subkategori.
Lihat tindakan yang dicadangkan Siri
Cadangan Siri muncul dalam senarai tindakan dan adalah berdasarkan cara anda menggunakan peranti anda.
Dalam app Pintasan, lakukan salah satu yang berikut dalam editor pintasan:
Pada iPhone: Ketik di bahagian bawah skrin.
Petua: Anda juga boleh meleret ke atas untuk memaparkan senarai tindakan.
Pada iPad: Ketik di penjuru kiri atas bar sisi.
Pada model iPhone yang lebih besar seperti iPhone XS Max atau iPhone 8 Plus, senarai tindakan muncul dalam bar sisi di sebelah kiri apabila anda memutarkan iPhone ke orientasi landskap.
Ketik Cadangan Siri.
Tindakan yang dicadangkan Siri muncul dalam senarai.
Ketik untuk memaparkan perihalan tindakan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menambah pintasan ke Siri, lihat Gunakan pintasan yang dicadangkan dan Gunakan Siri untuk menjalankan pintasan dengan suara anda.
Tandakan tindakan sebagai kegemaran
Dalam app Pintasan, lakukan salah satu yang berikut:
Dalam editor pintasan: Ketik nama tindakan yang anda mahu tandakan sebagai kegemaran.
Dalam senarai tindakan: Ketik butang info pada tindakan yang anda mahu tandakan sebagai kegemaran.
Ketik .
Tindakan ditandakan sebagai“Digemari” dan ditambah ke senarai Kegemaran anda.
Lihat tindakan kegemaran
Dalam app Pintasan, lakukan salah satu yang berikut dalam editor pintasan:
Pada iPhone: Ketik di bahagian bawah skrin.
Petua: Anda juga boleh meleret ke atas untuk memaparkan senarai tindakan.
Pada iPad: Ketik di penjuru kiri atas bar sisi.
Pada model iPhone yang lebih besar seperti iPhone XS Max atau iPhone 8 Plus, senarai tindakan muncul dalam bar sisi di sebelah kiri apabila anda memutarkan iPhone ke orientasi landskap.
Ketik Kegemaran.
Tindakan yang anda tandakan sebagai kegemaran sebelum ini muncul dalam senarai.