Jalankan pintasan apabila Fokus Tidur aktif pada iPhone
Apabila anda mengesetkan jadual tidur dalam app Kesihatan, Fokus Tidur menapis pemberitahuan dan panggilan telefon. Apabila Fokus Tidur aktif (semasa waktu tidur, contohnya), anda boleh menjalankan pintasan daripada Skrin Kunci iPhone anda. Sebagai contoh, anda boleh menjalankan pintasan Fokus Tidur untuk mencipta entri dalam jurnal anda, menyemak kalendar anda untuk menyediakan diri untuk hari esok, menghantar mesej selamat malam dan membaca buku kegemaran anda.
Untuk menggunakan pintasan semasa Fokus Tidur, anda mesti mendayakan pintasan untuk dijalankan daripada Skrin Kunci dahulu. Anda juga boleh menggunakan pencetus peristiwa untuk menjalankan pintasan secara automatik apabila anda masuk tidur, berada di atas katil, atau dibangunkan oleh penggera.
Dayakan pintasan untuk dijalankan semasa Fokus Tidur
Dalam Pintasan Saya dalam app Pintasan pada iPhone anda, ketik pada pintasan, kemudian ketik untuk membuka Butiran.
Aktifkan Tunjukkan dalam Fokus Tidur.
Penting: Anda perlu mengesetkan jadual tidur dalam app Kesihatan untuk seting ini tersedia. Lihat Sediakan jadual tidur pertama anda dalam Kesihatan pada iPhone.
Ketik Selesai.
Untuk melihat semua pintasan yang ditunjukkan pada Skrin Kunci semasa Fokus Tidur, ketik Pintasan di penjuru kiri atas app Pintasan, kemudian ketik Fokus Tidur.
Jalankan pintasan semasa Fokus Tidur
Pintasan fokus tidur dipaparkan pada Skrin Kunci hanya apabila Fokus Tidur aktif. Anda boleh menjadualkan Fokus Tidur dalam app Kesihatan, atau mengaktifkan Fokus Tidur secara manual dalam Pusat Kawalan.
Semasa Fokus Tidur, ketik Pintasan pada Skrin Kunci iPhone anda.
Ketik pintasan yang anda mahu jalankan.
Keluarkan pintasan daripada Skrin Kunci Fokus Tidur
Dalam Pintasan Saya dalam app Pintasan pada iPhone anda, ketik pada pintasan, kemudian ketik untuk membuka Butiran.
Nyahaktifkan Tunjukkan dalam Fokus Tidur.
Ketik Selesai.