Atur pintasan dalam folder pada iPhone atau iPad
Anda boleh mengatur pintasan anda ke dalam kategori tersuai dengan mencipta folder pintasan berkaitan. Folder ini ditunjukkan dalam kawasan Folder pada bar sisi app. Selain itu, apabila anda memilih Semua Pintasan, folder tersuai anda ditunjukkan sebagai bahagian semasa anda menskrol.
Lihat pintasan anda disusun mengikut kategori
Dalam Pintasan Saya dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, lakukan satu daripada berikut:
Ketik Pintasan di penjuru kiri atas.
Leret daripada penjuru kiri skrin.
Senarai folder mengikut kategori muncul, termasuk Semua Pintasan, Helaian Kongsi, Apple Watch, Fokus Tidur dan sebarang folder tersuai yang anda cipta.
Cipta folder tersuai untuk menyusun pintasan anda
Dalam Pintasan Saya dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik Pintasan di penjuru kiri atas.
Ketik .
Masukkan nama untuk folder.
Dalam baris ikon, pilih glif untuk mewakili folder dalam senarai.
Petua: Untuk melihat semua glif yang tersedia, ketik Selesai dalam papan kekunci.
Ketik Tambah.
Folder tersuai dengan nama dan glif yang anda pilih muncul di bawah empat kategori lalai dalam senarai.
Edit nama dan rupa folder tersuai
Dalam Pintasan Saya dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik Pintasan di penjuru kiri atas.
Ketik folder dalam senarai Folder.
Ketik Edit, kemudian ketik Edit Nama dan Ikon.
Masukkan nama baru dan pilih ikon baru.
Ketik Simpan.
Petua: Untuk mengedit folder dengan cepat, sentuh dan tahan folder dalam senarai Folder, kemudian ketik Edit Nama dan Ikon.
Cipta pintasan dalam folder tersuai
Dalam Pintasan Saya dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik Pintasan di penjuru kiri atas.
Ketik folder dalam senarai Folder, kemudian Ketik di penjuru kanan atas.
Pintasan kosong tanpa tajuk muncul dalam editor pintasan.
Petua: Ketik bersebelahan nama bahagian dalam senarai Semua Pintasan untuk mencipta pintasan dalam folder tersuai.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mencipta pintasan, lihat Cipta pintasan tersuai pada iPhone atau iPad.
Alihkan atau keluarkan pintasan
Anda boleh mengalihkan pintasan daripada folder yang anda cipta atau daripada koleksi automatik ke folder tersuai.
Dalam Pintasan Saya atau dalam folder dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik Pilih.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Ketik satu atau lebih pintasan (tanda semak muncul di penjuru kanan atas untuk menandakan pilihan), kemudian ketik Alih.
Sentuh dan tahan pintasan, kemudian ketik Alih.
AWAS: Jika anda mengetik Padam, sebarang pintasan yang dipilih akan dikeluarkan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Alihkan pintasan dipilih ke folder lain: Pilih folder daripada senarai.
Alihkan pintasan dipilih ke folder yang baru dicipta: Ketik , masukkan nama folder, kemudian ketik Tambah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Atur pintasan dalam folder pada iPhone atau iPad.
Apabila anda memilih pintasan dalam koleksi automatik, seperti Apple Watch, pilihan Keluarkan muncul (dan bukannya pilihan Alihkan). Mengetik Keluarkan menyingkirkan pintasan daripada koleksi automatik, tetapi menyimpan pintasan dalam koleksi Semua Pintasan.
Padamkan folder tersuai
Anda boleh memadamkan folder tersuai dan secara pilihan memadamkan semua pintasan dalam folder yang dipadamkan.
Dalam Pintasan Saya dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik Pintasan di penjuru kiri atas.
Ketik Edit.
Nota: Jika anda tiada folder tersuai, butang Edit tidak kelihatan.
Ketik bersebelahan folder yang anda mahu padamkan, kemudian ketik .
Jika folder mengandungi pintasan, pilih pilihan:
Padam Pintasan: Memadamkan pintasan dalam folder.
Simpan Pintasan: Mengalihkan pintasan ke folder Semua Pintasan.
Ketik Selesai.
Susun semula folder tersuai
Anda boleh menyusun semula folder tersuai anda.
Dalam Pintasan Saya dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik Pintasan di penjuru kiri atas.
Ketik Edit.
Nota: Jika anda tiada folder tersuai, butang Edit tidak kelihatan.
Seret bersebelahan folder yang anda mahu alihkan.
Ketik Selesai.