Susun semula pintasan
Di samping menambah dan menyusun pintasan dalam app Pintasan, anda boleh menentukan pintasan yang muncul dalam widget Pintasan pada iPhone atau iPad. Pintasan kelihatan dalam tertib yang sama pada peranti anda seperti dalam app Pintasan.
Susun semula pintasan dalam koleksi pintasan anda
Dalam Pintasan Saya , ketik Pilih.
Seret satu atau lebih butang ke lokasi yang anda mahukan (tunggu sehingga butang disusun semula sebelum anda mengangkat jari anda).
Menyeret pintasan ke dalam kategori baru dalam Pintasan Saya menambahkan pintasan ke kategori tersebut. Menyeret pintasan keluar daripada kategori akan mengeluarkan pintasan daripada kategori tersebut.
Untuk selesaikan, ketik Selesai.
Nota: Jika anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda, sebarang perubahan yang anda lakukan dalam app dikemas kini pada peranti iOS dan iPadOS lain anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Aktifkan Penyelarasan iCloud.