Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Lihat hasil skrip dalam Editor Skrip pada Mac
Selepas anda mengkompil skrip, anda boleh mengesan nilai yang ia kembalikan dalam Sejarah Log. Ini berguna apabila menganalisis atau nyahpepijat, yang membenarkan anda memerhatikan apa perubahan yang berlaku kepada nilai yang digunakan oleh skrip.
Dalam app Editor Skrip pada Mac anda, pilih Tetingkap > Sejarah Log, kemudian klik Hasil.
Apabila anda menjalankan skrip dalam Editor Skrip dan nilai dimuatkan ke dalam pemboleh ubah, nilai tersebut muncul dalam log.