Tukar seting Editor Skrip pada Mac
Editor Skrip menggunakan fon dan warna dalam teks untuk menunjukkan komponen bahasa dan hierarki yang berlainan.
Gunakan anak tetingkap Pemformatan dari keutamaan Editor Skrip untuk mengubah fon, warna dan rupa taip skrip dalam Editor Skrip dan dalam persekitaran pembangunan Xcode.
Dalam app Editor Skrip pada Mac anda, pilih Editor Skrip > Keutamaan, kemudian klik Pemformatan.
Klik menu timbul Bahasa, kemudian pilih bahasa penskripan.
Untuk menukar fon item kategori, dwiklik pada nama fon dalam lajur Fon, kemudian pilih koleksi, keluarga, gaya dan saiz dalam tetingkap Fon.
Untuk menukar warna item kategori fon, dwiklik sampel warna dalam lajur Warna, kemudian pilih warna yang anda mahu.
Klik Guna.
Jika skrip dibuka dalam Editor Skrip apabila anda mengubah seting, pemformatan baru muncul selepas skrip dikompil semula.