Simpan skrip sebagai app
Dalam Editor Skrip, anda boleh menyimpan skrip anda sebagai app. Anda boleh membukanya kemudian di dalam Finder, seperti mana-mana app lain. Skrip akan berjalan apabila dibuka.
Pilih Fail > Eksport.
Masukkan nama untuk app.
Untuk menyimpan app anda di lokasi yang berlainan daripada yang ditunjukkan, klik segi tiga untuk menunjukkan semua pilihan penyimpanan anda, kemudian pilih folder.
Klik menu timbul Format Fail, kemudian pilih Aplikasi.
Pilih sebarang kombinasi pilihan:
Tunjukkan skrin permulaan: Paparkan dialog dengan teks dari medan Perihalan skrip apabila skrip dijalankan. Dialog juga akan mengandungi butang Mula dan Tamat yang membolehkan pengguna berhenti atau meneruskan pelaksanaan skrip.
Biarkan terbuka selepas menjalankan pengendali: Menyebabkan app kekal aktif sehingga anda keluarkannya. Pilih pilihan ini jika skrip mengandungi pengendali melahu.
Klik Simpan.