Simpan skrip sebagai app dalam Editor Skrip pada Mac
Dalam Editor Skrip, anda boleh menyimpan skrip anda sebagai app. Untuk menjalankan skrip, hanya buka skrip dalam Finder, seperti mana-mana app lain.
Dengan skrip terbuka dalam app Editor Skrip pada Mac anda, pilih Fail > Eksport.
Masukkan nama untuk app.
Untuk menyimpan app anda di lokasi berlainan daripada yang ditunjukkan, klik segi tiga pendedahan, kemudian pilih folder.
Klik menu timbul Format Fail, kemudian pilih Aplikasi.
Pilih sebarang kombinasi pilihan:
Tunjukkan skrin permulaan: Paparkan dialog dengan teks dari medan Perihalan skrip apabila skrip dijalankan. Dialog juga mengandungi butang Mula dan Tamat yang membolehkan anda berhenti atau meneruskan pelaksanaan skrip.
Biarkan terbuka selepas menjalankan pengendali: Menyebabkan app kekal aktif sehingga anda keluarkannya. Pilih pilihan ini jika skrip mengandungi pengendali melahu.
Klik Simpan.