Rakam tindakan dalam Editor Skrip pada Mac
Sesetengah app boleh diskripkan dan boleh direkodkan. Anda boleh menggunakan Editor Skrip untuk merekod tindakan anda dalam app ini semasa anda melaksanakannya dan memasukkan tindakan itu dalam skrip.
Sebaik sahaja anda merakam skrip, anda boleh mengeditnya untuk mengeluarkan langkah yang tidak diperlukan, melaraskan kelajuan main balik, atau melaraskan pemasaan tindakan.
Sebelum anda memulakan rakaman, anda perlu membuat keputusan di mana anda ingin memulakan tindakan rakaman, kemudian menyediakan persekitaran itu pada komputer anda. Sebagai contoh, jika anda menjangka app akan dibuka apabila skrip digunakan, maka anda patut membuka app sebelum anda memulakan rekod.
Dalam app Editor Skrip pada Mac anda, klik butang Rakam dalam bar alat.
Laksanakan tindakan yang anda ingin rekod dalam app yang boleh rekod.
Untuk berhentikan rakaman, klik butang Henti .
Anda perlu meletakkan skrip yang direkod dalam kenyataan beritahu untuk mengarahkan skrip ke app. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kenyataan beritahu, lihat Panduan Bahasa AppleScript.