Semak tugasan kerja dalam Schoolwork
Untuk mendapatkan cerapan tentang prestasi pelajar, anda boleh menyemak kerja mereka yang dalam kemajuan dan semua yang mereka serahkan kepada tugasan. Anda juga dapat melihat kerja yang belum mereka mulakan, membantu anda menentukan siapa yang mungkin memerlukan perhatian tambahan. Selepas pelajar menyerahkan kerja untuk aktiviti dan anda telah menyemak kerja mereka, anda boleh menunjukkan bahawa anda telah melihatnya supaya anda boleh beralih kepada pelajar yang lain.
Untuk fail kerjasama yang dikongsi, anda boleh menyemak dan mengedit fail semasa pelajar anda menyiapkan kerja dan menambah komen untuk memberikan maklum balas masa nyata serta membantu mereka di sepanjang jalan. Apabila anda berkongsi fail yang bukan kerjasama, pelajar anda dan anda boleh mengendalikan fail yang sama tetapi bukan pada masa yang sama. Pelajar boleh menyerahkan kerja dalam Schoolwork atau mereka boleh menggunakan Butang Kongsi untuk menyerahkan daripada app lain.
Lihat tugasan kerja dan aktiviti
Dalam app Schoolwork , ketik Aktiviti Terkini, Tugasan atau kelas dalam bar sisi.
Ketik tugasan untuk kerja yang anda ingin lihat, kemudian ketik tab aktiviti.
Ketik kerja pelajar yang ingin anda lihat, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Jika app yang dikaitkan dengan fail dipasang pada iPad anda: Schoolwork membuka app yang dikaitkan. Tambahkan sebarang komen atau maklum balas yang ingin anda berikan kepada pelajar anda, kemudian ketik Schoolwork apabila anda selesai menyemak kerja pelajar.
Jika app yang dikaitkan dengan fail tidak dipasang pada iPad anda: Schoolwork membuka fail tersebut. Untuk aktiviti penyerahan atau aktiviti fail (Salinan Boleh Diedit ), lakukan perkara berikut:
Untuk menyemak semua kerja pelajar: Leret ke kiri untuk pergi ke fail seterusnya atau leret ke kanan untuk pergi ke fail sebelumnya.
Untuk melompat ke kerja mengikut pelajar tertentu: Ketik , kemudian ketik fail pelajar yang ingin anda lihat.
Tambahkan sebarang komen atau maklum balas yang ingin anda berikan kepada pelajar anda, kemudian ketik Selesai apabila anda selesai menyemak kerja pelajar.
Ketik pelajar untuk melihat butiran lanjut.
Tandakan tugasan kerja dan aktiviti sebagai telah dilihat
Dalam app Schoolwork , ketik Aktiviti Terkini, Tugasan atau kelas dalam bar sisi, kemudian ketik tugasan untuk kerja yang ingin anda semak.
Ketik tab aktiviti, ketik kerja pelajar yang ingin anda semak (Sedia Untuk Disemak), kemudian semak kerja tersebut.
Jika anda berpuas hati dengan kerja pelajar dalam aktiviti tersebut, ketik , kemudian ketik Tandakan sebagai Dilihat.
Apabila anda berpuas hati dengan kerja yang telah dilakukan oleh semua pelajar, anda boleh ketik Tandakan Semua sebagai Dilihat.