Pergi ke tapak web menggunakan Safari pada Mac
Dengan Safari, mudah untuk pergi ke tapak web yang anda mahu.
Pergi ke halaman web
Masukkan nama atau URL halaman dalam medan Carian Pintar.
Pilih cadangan, atau tekan Return untuk melakukan carian.
Cari
Masukkan perkataan atau frasa dalam medan Carian Pintar.
Semasa anda menaip, Cadangan Safari muncul.
Anda boleh memilih sama ada cadangan, atau tekan Return untuk mencari apa yang anda taip.
Untuk maklumat lanjut, lihat Temui apa yang anda cari menggunkan Safari pada Mac.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Cari video kucing di web.” Ketahui lanjut mengenai Siri.
Pratonton pautan
Tahan penuding di atas pautan.
Lihat URL tapak web dalam bar status di bahagian bawah tetingkap.
Jika anda tidak melihat bar status, pilih Lihat > Tunjukkan Bar Status.
Jika trackpad anda menyokongnya, klik paksa pautan untuk pratonton kandungan.