Tunjukkan sari kata atau kapsyen dalam QuickTime Player pada Mac
Jika filem mempunyai sari kata atau kapsyen, QuickTime Player boleh memaparkannya semasa filem sedang dimainkan. Jika filem tidak mempunyai sari kata, anda tidak akan melihat pilihan untuk melihatnya.
Nota: Pilihan kapsyen tertutup hanya tersedia jika kapsyen dibenamkan menggunakan format CEA-608.
Buka QuickTime Player untuk saya
Dalam app QuickTime Player pada Mac anda, buka filem yang mempunyai sari kata atau kapsyen, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat sari kata: Pilih Paparan > Sari Kata, kemudian pilih bahasa. Anda juga boleh klik butang Sari Kata dalam kawalan main balik (atau tekan dan tahan butang Sari Kata dalam Touch Bar) untuk melihat senarai pilihan tersedia.
Lihat kapsyen tertutup: Pilih Paparan > Tunjukkan Kapsyen Tertutup.