Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Keluarkan audio atau video daripada filem dalam QuickTime Player pada Mac
Dengan QuickTime Player, anda boleh mengeluarkan audio daripada filem supaya hanya mempunyai fail video sahaja. Anda juga boleh memilih untuk mengekalkan fail audio sahaja dengan mengeluarkan video daripada filem.
Buka QuickTime Player untuk saya
Dalam app QuickTime Player pada Mac anda, buka filem yang anda mahu usahakan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Untuk mengeluarkan bunyi daripada filem, pilih Edit > Keluarkan Audio.
Fail anda kini video sahaja.
Untuk mengeluarkan video daripada filem, pilih Edit > Keluarkan Video.
Fail anda kini audio sahaja.