Rakam skrin anda dalam QuickTime Player pada Mac
Menggunakan Tangkapan Skrin dalam app QuickTime Player, anda boleh membuat rakaman video skrin komputer anda. Anda boleh membuka rakaman dalam app dan menyimpannya pada Mac anda.
Buka QuickTime Player untuk saya
Dalam app QuickTime Player pada Mac anda, pilih Fail > Rakaman Skrin Baru untuk membuka Tangkapan Skrin dan memaparkan alat.
Anda boleh klik Pilihan untuk mengawal perkara yang anda rakam—contohnya, anda boleh mengesetkan lokasi untuk menyimpan rakaman skrin anda, atau menyertakan penuding atau klik dalam rakaman skrin. Lihat Ambil tangkapan skrin atau rakaman skrin.
Klik Rakam. Untuk berhenti merakam, klik butang Hentikan Rakaman dalam bar menu (atau gunakan Touch Bar).
Bergantung pada tempat yang anda pilih untuk menyimpan rakaman, app mungkin dibuka.