Rakam filem dalam QuickTime Player pada Mac
Anda boleh mencipta filem menggunakan kamera terbina dalam pada Mac anda atau menggunakan iPhone, iPad, atau iPod touch anda. Apabila anda membuat filem, kawalan rakaman muncul yang membenarkan anda untuk mula merakam, mengawal kelantangan dan memilih pilihan rakaman.
Buka QuickTime Player untuk saya
Gunakan kamera terbina dalam pada Mac anda
Dalam app QuickTime Player pada Mac anda, pilih Fail > Rakaman Filem Baru.
Apabila kawalan rakaman muncul, anda akan melihat lampu hijau di sebelah kamera terbina dalam pada Mac anda.
Petua: Jika Mac anda tidak mempunyai kamera terbina dalam, anda boleh menyambungkan kamera luaran.
Klik menu timbul Pilihan, kemudian pilih mana-mana daripada pilihan rakaman berikut:
Kamera: Pilih kamera jika anda mempunyai lebih daripada satu kamera tersedia.
Mikrofon: Pilih mikrofon jika anda mempunyai lebih daripada satu mikrofon tersedia.
Kualiti: Pilih kualiti rakaman. Rakaman kualiti maksimum menghasilkan fail tidak termampat, yang boleh menggunakan ruang storan yang besar.
Seting
Perihalan
Tinggi
Video H.264 dan audio AAC 44100 Hz
Maksimum
Video Apple ProRes 422 dan audio PCM Linear
Laraskan kawalan kelantangan untuk mendengar rakaman audio yang anda jalankan.
Klik butang Rakam untuk memulakan rakaman; klik butang Berhenti apabila anda selesai (atau gunakan Touch Bar).
Untuk menjeda rakaman, Option-klik butang Rakam ; kemudian klik padanya lagi untuk meneruskan rakaman.
Pilih Fail > Simpan untuk menyimpan dan menamakan rakaman.
Gunakan iPhone, iPad, atau iPod touch yang disambungkan ke Mac anda
Anda boleh merakam perkara yang anda lihat pada peranti bersambung dan menyimpannya sebagai fail filem pada Mac anda.
Sambungkan peranti anda kepada Mac anda.
Buka app QuickTime Player pada Mac anda.
Pilih Fail > Rakaman Filem Baru.
Klik menu timbul Pilihan, kemudian pilih mana-mana daripada pilihan rakaman berikut:
Kamera: Pilih iPhone, iPad, atau iPod touch anda yang disambungkan.
Mikrofon: Pilih mikrofon (jika anda mempunyai lebih daripada satu tersedia).
Kualiti: Pilih kualiti rakaman. Rakaman kualiti maksimum menghasilkan fail tidak termampat, yang boleh menggunakan ruang storan yang besar.
Seting
Perihalan
Tinggi
Video H.264 dan audio AAC 44100 Hz
Maksimum
Video H.264 dan audio PCM Linear
Laraskan kawalan kelantangan untuk mendengar rakaman audio yang anda jalankan.
Klik butang Rakam untuk memulakan rakaman; klik butang Berhenti apabila anda selesai (atau gunakan Touch Bar).
Untuk menjeda rakaman, Option-klik butang Rakam ; kemudian klik padanya lagi untuk meneruskan rakaman.
Pilih Fail > Simpan untuk menyimpan dan menamakan rakaman.
Petua: Jika iPhone, iPad, atau iPod touch anda menyokong AirDrop, anda boleh merakam video pada peranti anda dan menghantar video secara wayarles ke Mac anda, kemudian membuka video dalam QuickTime Player. Lihat Gunakan AirDrop pada Mac anda.