Buka dan mainkan fail dalam QuickTime Player pada Mac
QuickTime Player mempunyai kawalan main semula pada skrin yang membolehkan anda main, jeda, maju pantas, atau putar balik fail video atau audio anda.
Anda juga boleh gunakan kawalan main semula untuk kongsi fail atau mainkan fail pada peranti didayakan AirPlay.
Buka QuickTime Player untuk saya
Buka fail
Untuk membuka fail video atau audio dalam app QuickTime Player pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Dwiklik fail dalam Finder.
Jika fail video atau audio anda berada dalam iCloud Drive, klik iCloud Drive dalam bar sisi Finder, kemudian dwiklik fail anda. Lihat Gunakan iCloud Drive untuk menyimpan dokumen pada Mac dan peranti iOS anda.
Pilih Fail > Buka Fail, kemudian pilih fail dan klik Buka.
Jika fail adalah format media lebih lama atau pihak ketiga, QuickTime Player mungkin menukarnya sebelum dimainkan.
Petua: Anda juga boleh buka fail yang anda baru bekerja dengan memilih Fail > Buka Terbaru.
Mainkan fail
Dalam app QuickTime Player pada Mac anda, buka fail video atau audio.
Gerakkan penuding di mana-mana kawasan atas filem untuk menunjukkan kawalan main balik. Kawalan untuk fail audio sentiasa dapat dilihat.
Gunakan kawalan main balik untuk memainkan fail video atau audio.
Untuk mengalihkan kawalan main balik, seret ia.
Jika anda mahu fail yang anda mainkan muncul di hadapan semua tetingkap lain pada skrin anda, pilih Paparan > Terapung di Atas supaya tanda semak muncul di sebelahnya. Pilih ia sekali lagi untuk menyahaktifkannya.
Anda juga boleh menggunakan Touch Bar untuk memainkan fail.
Mainkan fail dalam gelung berterusan
Anda boleh mengesetkan fail video atau audio untuk bermain secara berterusan, supaya ia bermain hingga ke penghujung dan kemudian bermula kembali dari awal.
Pilih fail yang anda mahu gelung, kemudian pilih Paparan > Gelung supaya tanda semak muncul di sebelahnya. Pilih ia sekali lagi untuk menyahaktifkan main berterusan.
Anda juga boleh menggunakan pintasan papan kekunci atau gerak isyarat untuk membuka, memainkan atau menjeda fail dan selanjutnya.