Pilih lagu tema untuk filem dalam QuickTime Player pada Mac
Jika satu filem mempunyai runut bunyi gantian—seperti bahasa lain atau Perkhidmatan Video Deskriptif —anda boleh memilih runut bunyi yang ia gunakan. Jika filem itu tidak mempunyai runut bunyi gantian, anda tidak akan melihat pilihan untuknya.
Buka QuickTime Player untuk saya
Dalam app QuickTime Player pada Mac anda, buka filem, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih Lihat > Bahasa > [runut bunyi].
Klik butang Sari Kata dalam kawalan main balik untuk melihat senarai pilihan yang tersedia.
Runut bunyi Perkhidmatan Video Deskriptif disenaraikan dengan semua pilihan runut bunyi audio dan biasanya mempunyai “DVS” ditambahkan pada nama tersebut. Runut bunyi Perkhidmatan Video Deskriptif memerihalkan tindakan dan imej pada skrin antara dialog.